info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Sunday, March 25, 2018

(Video) Tersilap tukar gear, ibu rempuh bayi sendiri


Viral di media sosial video rakaman dashcam sebuah kereta mengundur dengan laju sehingga merempuh bayi yang berada dalam stroller di belakang kereta tersebut. 

Difahamkan, kejadian itu berlaku pada September 2016, diviralkan semula untuk peringatan semua pemandu khususnya golongan wanita agar berhati-hati dan tidak mengulangi kecuaian seperti yang berlaku. 

Dalam kejadian yang tidak dinyatakan lokasi sebenar kejadian, kereta hitam yang dipandu oleh seorang wanita mengundur secara laju sehingga merempuh bayi dalam stroller di belakangnya sebelum dihimpit pada kereta yang diparkirkan di petak parkir. 

Wanita itu kemudian keluar untuk melihat keadaan di belakang dan terkejut apabila mendapati dia terlanggar mangsa yang juga dipercayai anaknya sendiri. 

Panik dengan kejadian itu, dia segera masuk semula ke dalam kereta dan mengalihkan kenderaannya. Malangnya, wanita itu sekali lagi tersilap menekan pedal menyebabkan keretanya mengundur ke belakang dan menghimpit mangsa sebelum menganjak kenderaannya ke depan. 

Seorang lelaki yang melihat kejadian itu bagaimanapun tidak membantu mengangkat mangsa yang terjatuh dari strollernya. Sebaliknya dia mengeluarkan telefon bimbit dan mungkin cuba menghubungi pihak ambulans untuk datang membantu. 

Si ibu datang mendapatkan bayinya yang dianggarkan berusia 7 bulan menangis akibat trauma dengan kejadian itu.


Tidak diketahui apa nasib bayi berkenaan. Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan peka dengan keadaan di sekeliling kenderaan sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang lagi. 
Sumber : http://bit.ly/2BBMEo7

No comments:

Post a Comment