info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Monday, March 19, 2018

(Video) 'Abang katne? Cepat datang, saya dah tangkap kekasih abang ni' - Isteri telefon suami untuk datang melihat kekasihnya dibelasah


Viral di media sosial China video seorang wanita membelasah kekasih suaminya sambil disaksikan orang awam dalam kejadian di utara China, lapor Nextshark.

Kejadian itu berlaku pada 28 Februari lalu di Tangshan, wilayah Hebei, China, menurut portal Kuaibao. 

Difahamkan, wanita berkenaan mengambil kesempatan untuk membalas dendam selepas mendapati wanita muda itu bercakap dengan suaminya dalam telefon. 


Bukan sahaja membelasah wanita muda itu, malah si isteri menghubungi suaminya untuk datang melihat dia membelasah kekasihnya itu. 

"Hubby, mana awak? Datanglah sini. Saya dah tangkap dia. Cepatlah!" 

Kejadian itu menyebabkan orang ramai yang berada berdekatan datang mengerumuni dua wanita terbabit tanpa cuba meleraikan kedua-dua belah pihak. 

"Beritahu kepada semua orang, siapa diri kau! "Beritahu mereka yang kau adalah perempuan sundal! Beritahu mereka!" kata si isteri. 

Bimbang dicederakan lebih teruk, kekasih suaminya itu akhirnya bersuara dan mengaku dirinya adalah perempuan sundal. 

"Inilah perempuan sundal, yang mengganggu rumah tangga orang. Sudah tiga tahun dia bersama suami saya," kata si isteri kepada orang ramai yang turut merakam kejadian itu. 
Sumber : http://bit.ly/2BBMEo7

No comments:

Post a Comment