info-info menarik !

Breaking

Thursday, March 15, 2018

'Terima kasih untuk segala-galanya' - Presiden FAM letak jawatan susulan ranking pasukan kebangsaan jatuh 3 anak tangga


Presiden FAM, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah mengumumkan pengunduran dirinya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) susulan ranking pasukan kebangsaan jatuh tiga anak tangga.

Pengumuman yang dibuat melalui Facebook Johor Southern Tigers baru sebentar tadi mengejutkan ramai peminat bola sepak tempatan.

Dalam kenyataan itu, TMJ menyifatkan kemerosotan itu sebagai satu kegagalan yang besar dan meskipun sepanjang tempoh menjawat jawatan tersebut, banyak perubahan dan percapaian besar buat arena sukan bola sepak negara.

Berikut kenyataan TMJ:

SEJARAH TERCIPTA, SUDAH TIBA MASANYA

Sepanjang saya menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), saya telah memperbetulkan struktur bola sepak tanah air, menarik para penaja untuk menyumbang kepada bola sepak negara dan menyediakan pelan jangka panjang untuk bola sepak negara seperti melakukan kerjasama bersama LaLiga.

Saya juga telah memperjuangkan hak penyiaran untuk kesemua pasukan bertanding di Liga Malaysia bagi meningkatkan kestabilan kewangan. Ini adalah satu sejarah dalam bola sepak tanah air apabila buat pertama kalinya setiap pasukan bertanding telah menerima sebanyak RM1 juta hingga RM3 juta setahun untuk wang hak penyiaran dimana setiap pasukan tidak lagi menggunakan duit rakyat daripada Kerajaan.

Dalam pada itu, skuad B23, B19 dan B16 telah berjaya melakar sejarah buat pertama kalinya mewakili negara dalam pertandingan peringkat tertinggi di Asia.

Baru-baru ini ranking pasukan kebangsaan telah jatuh 3 anak tangga dan ini merupakan satu kegagalan yang amat besar! Oleh itu, saya rasa Presiden FAM harus letak jawatan. Terima kasih untuk segala galanya dan ia telah menjadi satu penghormatan untuk berkhidmat kepada bolasepak Malaysia. Selamat maju jaya.


Kepada seluruh Bangsa Johor yang saya sayangi dan juga kepada para penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di seluruh dunia serta isteri dan anak-anak saya... Daddy’s home!

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Sumber: Johor Southern Tigers
Sumber : http://bit.ly/2BBMEo7

No comments:

Post a Comment