info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Monday, March 5, 2018

Penumpang tiba-tiba berbogel dan kencing di tempat duduk


Seorang lelaki warga Bangladesh ditahan oleh pihak berkuasa Bangladesh sebaik sahaja pesawat yang dinaikinya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Shahjalal, Dhaka, lapor Harian Metro

Dalam kejadian semalam, penumpang berusia 20 tahun, penuntut universiti swasta tempatan sebelum itu bertindak menanggalkan pakaiannya dalam pesawat tempatan yang dalam perjalanan ke Dhaka dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malah turut menyerang kru penerbangan. 

Difahamkan lelaki berkenaan berbuat demikian ketika pesawat baru saja berlepas sebelum memeluk dua kru penerbangan dan menyerang ketua pramugari yang cuba menenangkannya.

Kru penerbangan dengan bantuan penumpang lain kemudian memakaikan pakaian pada lelaki terbabit sebelum mengikat dan mengasingkannya di tempat duduk berlainan atas sebab lelaki itu berada dalam keadaan tidak terkawal. 

"Kami mengesahkan kejadian yang berlaku di dalam pesawat berkenaan dan kru penerbangan sudah mengambil langkah keselamatan ketika kejadian itu berlaku," kata wakil syarikat penerbangan berkenaan. 


"Kru penerbangan juga mengambil tindakan dengan mengikut prosedur operasi standard bagi menjamin keselamatan dalam pesawat. Penumpang berkenaan telah ditahan dan diambil tindakan oleh polis Bangladesh. 

"Pihak syarikat penerbangan sentiasa mengambil langkah keselamatan terbaik bagi memastikan penumpang berada dalam keadaan selamat," katanya.

Sumber : http://bit.ly/2BBMEo7

No comments:

Post a Comment