info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Tuesday, March 20, 2018

'Penemuan itu tidak berasas' - Menteri Pengangkutan nafi bangkai pesawat MH370 ditemui


Seorang pakar penyiasat nahas pesawat dari Australia, Peter McMahon, 64, mendakwa telah menemui pesawat MH370 yang dilaporkan hilang di Lautan Hindi pada 2014, di bawah permukaan air di utara Mauritius.

Menurut Peter, dia telah menghabiskan masa selama beberapa tahun mengkaji imej Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dan Google Maps semenjak MH370 dilaporkan hilang. 

Gambar yang didakwa pesawat MAS hilang bersama 239 penumpang yang diperoleh dari aplikasi Google Earth itu berada pada jarak 16 kilometer di selatan pulau Kecil, Round Island. 

Difahamkan, Peter telah memaklumkan penemuan pesawat MAS yang didakwa penuh dengan lubang peluru itu kepada Biro Pengangkutan dan Keselamatan Australia. Namun pihak berkenaan memaklumkan bahawa pegawai Amerika Syarikat agar kekal berada di kawasan lingkungan carian ditetapkan di Luatan Hindi. 

Peter menganggap keengganan pihak berkenaan menyiasat dakwaannya itu kerana mereka tidak mahu pesawat itu ditemui dengan penuh lubang peluru dan akan membuka kepada siasatan terbaharu.


Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, menafikan dakwaan tersebut sebagai tidak berasas, malah Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) juga turut menafikan dakwaan itu. 

"CAAM telah mengenal pasti berita itu adalah tidak berasas. Orang ramai jangan percaya berita palsu ini kerana paling penting ialah ikut laporan kita di aplikasi atau menerusi laman web untuk mendapatkan maklumat terkini. 

"Penemuan-penemuan itu adalah tidak berasas. Kita bekerjasama dengan ATSB (Biro Keselamatan Pengangkutan Australia) di Australia di mana kumpulan pakar kita telah kenal pasti kawasan pencarian itu adalah dekat perairan Astralia dan bukan di sebelah Mauritius atau Afrika. 

Oleh itu, misi pencarian kita masih lagi berlangsung. Ocean Infinity masih berjalan dengan lancar dan kita berharap dapat menemui bangkai pesawat itu di kawasan perairan  yang telah kita tetapkan iaitu 25,000 kilometer radius," katanya. 

Sumber: Sinar Harian
Sumber : http://bit.ly/2BBMEo7

No comments:

Post a Comment