info-info menarik !

Breaking

Tuesday, March 20, 2018

'Jujurnya saya amat terkilan dengan pihak yang sebarkan gambar itu'


Susulan tersebarnya gambar bayi perempuan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mengesahkan bahawa bayi di dalam gambar tersebut adalah anak mereka, lapor Berita Harian

Bagaimanapun, Khalid terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab individu yang menyebarkan gambar tersebut dan sekali gus merosakkan perancangan mereka. 

"Ya, itu memang gambar anak kami, takkanlah kami nak nafikan. Perkara ini berlaku di luar kawalan kerana ramai saudara-mara dan rakan yang datang menziarahi Siti serta anak kami, hari ini. 

"Jujurnya, saya amat terkilan dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang menyebarkan gambar itu kerana kami sudah merancang untuk memaparkan wajah bayi kami dan mengumumkan namanya dalam satu majlis khas," katanya. 

Dalam laporan Harian Metro, seorang wanita memuat naik gambar bayi perempuan pasangan berkenaan di media sosial tanpa keizinan. Meskipun netizen teringin melihat bayi penyanyi berkenaan, namun netizen mengecam tindakan wanita terbabit yang tidak menghormati privasi mereka. 

Rata-rata netizen mendesak wanita itu membuang status, gambar dan video yang telah dimuat naik. 


Mengenai nama panggilan Fatimah Az-Zahra, Khalid menjelaskan nama itu hanya gelaran anaknya untuk tempoh seminggu sebelum nama sebenar diumumkan. 

"Ramai yang keliru sebenarnya kerana menyangka Fatimah itu adalah nama kekal. Itu hanya gelaran yang kami berikan kepada bayi kami sebelum mengumumkan nama yang sudah pun kami pilih," katanya. 
Sumber : http://bit.ly/2BBMEo7

No comments:

Post a Comment