info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Wednesday, March 21, 2018

Golongan pesara diseru terus beri sokongan kepada BN, jangan jadi kacang lupakan kulit


Golongan pesara diseru untuk terus memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, lapor Utusan Online

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, sokongan itu bagi memastikan hasrat DAP untuk merealisasikan konsep Malaysian Malaysia tidak tercapai, sekali gus memastikan kelangsungan hidup kaum Melayu kekal terjamin. 

"Kita tidak mahu ada segelintir pesara yang telah mendapat begitu banyak manfaat daripada kerajaan namun bersikap tidak mengenang budi dengan memberi sokongan kepada Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

"Saya hairan mengapa terdapat pesara yang menyokong DAP sedangkan parti itu tidak pernah memberi sebarang bantuan kepada mereka. Kalau dari dahulu pun mereka tidak dipedulikan, adakah apabila DAP memerintah nasib pesara ini akan terbela?" katanya. 

Tajuddin berkata, golongan pesara perlu sedar bahawa, pemimpin Melayu dalam Pakatan Harapan hanya menjadi boneka DAP untuk meraih undi daripada masyarakat.

Beliau mengambil contoh krisis pentadbiran Kerajaan Negeri Perak pada 2008 yang diambil alih oleh Pakatan Rakyat selama 11 bulan di mana Menteri Besarnya pada ketika itu tidak mampu membuat keputusan sendiri dan banyak dipengaruhi DAP.

"Menteri Besar Perak yang dipilih Pakatan Rakyat ketika itu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ternyata menjadi kuda tunggangan DAP dan tidak mampu membuat keputusan sendiri.

"Beliau terpaksa merujuk kepada pemimpin DAP untuk membuat sebarang keputusan dan kita tidak mahu perkara ini berulang sekali lagi," katanya.
Sumber : http://bit.ly/2BBMEo7

No comments:

Post a Comment