info-info menarik !

Breaking

Monday, March 26, 2018

Gangguan bekalan air 2 hari di Seremban, PD dan Rembau


Beberapa kawasan di Seremban, Port Dickson dan Rembau akan mengalami gangguan bekalan air selama dua hari bermula esok, berikutan kerja-kerja menggantikan 'line motive pump' serta menguji 'butterfly valve' di Lori Rawatan Air (LRA) Linggi.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains), Norzita Ismail berkata, gangguan bekalan air di kawasan berkenaan adalah selama 24 jam mulai 8 pagi esok (27 Mac).

"Kerja-kerja ini merupakan antara usaha berterusan Sains dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan para pelanggan pada masa hadapan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya di Seremban, kawasan terlibat ialah Taman (Tmn.) Pinggiran Senawang, Sekolah (Sek.) Datuk Abdul Razak, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Ladang Batu (Bt.) 11, Kilang GMP, Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Senawang, Senawang Perdana, Tmn. Ulu Lalang, Kampung (Kg.) Solok, Kg. Ribu, Kg. Sega Ulu, Kg. Sega Hilir dan Jalan (Jln.) Kuala Sawah.

Ladang Kuala Sawah, Kg. Nyatoh, Rumah Rakyat Nyatoh, Kg. Belangkan, Industri Nilam Ribu, Tmn. Bandar Ekar, Pekan Rantau, Kg. Takau, Kg. Pening, Kg. Kancong, Tmn. Rantau, Jln. Air Kuning, Tmn. Permata, Kg. Siliau Hulu, Kg. Siliau Hilir, Ladang Siliau dan Kg. Sungai (Sg.) Sendayan turut terjejas.

Di Port Dickson, ia melibatkan kawasan Golf & Country Club, PD Perdana, Desa Lagun Resort, Kem-Kem Batu 5 Jln. Pantai, Selesa Beach Resort, Kem-Kem Batu 4 Jln. Pantai, Hotel Seri Malaysia, Hotel Avillion, Hotel Risda, Kilang Cabot, Hotel Corus, Hotel Sunshine Bay, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Abdul Samad (SDASA) dan Petron Refinery.

Kawasan lain ialah Shell Refinery (Line 1&2), Pusat Hemodialisis Batu 1 Jln. Pantai, seluruh kawasan PD Water Front, Pekan Port Dickson, TNB (Tuanku Jaafar), Hotel Leparis, Klinik Kesihatan (Hospital Lama), Seafront Hotel, Hotel Lexis, Glory Beach Resort, Hotel Grandpa Dataran Segar, seluruh kawasan Pekan Lukut sehingga seluruh kawasan Spring Hill, Kualiti Alam & Jimah Power Plant, dari Escort Estet, Kg. Sawah Sunggala dan Bandar Sunggala.

Kawasan Tmn. Sirusa Jaya Bt. 6 Jln. Pantai, seluruh kawasan Bt. 5 Jln. Pantai, Kg. Baru Sirusa, Jln. Sua Betong, Tmn. Desa PD, Kg. Barisan, kawasan Air Kuning sehingga kawasan Tampin Linggi, dari kawasan Bt. 4, Jln. Pantai, kawasan Kg. Bagan Pinang dan Tmn. PD Utama juga mengalami gangguan.

Lokasi lain ialah Tmn. Raja Zainal, Tmn. Too Kee Kah, Transit Kuarters, Jln. Shell Refinery, Happy Garden, kawasan Bt. 1, Jln. Pantai sehingga seluruh kawasan Pekan Port Dickson, Jln. Lama, Kg. Chokra, Tmn. Muhibah, Tmn. Puteri, Kg. Arab, Tmn. PD Akasia, Kg. Air Meleleh, Kg. Gelam, Tmn. PD Tropika,Tmn. Sri Mawar, Jln. Bypass, kawasan Kg. Paya, Tanjung Gemok dan Tmn. Kiara.

Turut terlibat, Tmn. Sri Intan, Tmn. Ria, Tmn. Negeri Lama & Baru, Tmn. Pantai Mas, Kg. Kuala Lukut, Bandar Dataran Segar, Tmn. Sentosa Lama & Baru, Tmn. PD Jaya, Tmn. Naga, Tmn. Indah Baru, Tmn. Bandar Baru, Tmn. Indah Wang, Tmn. Aman, Tmn. Bukit Tinggi, Rumah Rakyat Pekan Lukut, Tmn. Desaru, kawasan Sri Parit, Tmn. Indah Jaya, Perindustrian Lukut Indah, Tmn. Wawasan, Tmn. Jaya dan Tmn. Tun Sambathan.

Seluruh kawasan Pekan Lukut sehingga kawasan Spring Hill, kawasan Bt. 6 Jln. Seremban dan Bt. 7 Jln. Seremban sehingga kawasan Simpang Siliau, dari simpang Bukit Palong, Perindustrian Bukit Palong, Tmn. Lukut Makmur, Tmn. D’Pinggiran Kota, Tmn. D’Ambang Kota, Perindustrian Perdana Bukit Palong, Kebun Jimah, Jimah Lama, Kg. Cina Site C Tanah Merah, Tmn. Jimah Jaya, Tanah Merah Site C, seluruh kawasan Bukit Pelandok dan seluruh kawasan Chuah juga terjejas.

Di Rembau pula, kawasan terlibat ialah Tmn. Chembong Utama, Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau (Chembong), Sek. Teknik Chembong, Ladang Batu Hampar, Halal Park, Highway Pedas, Merbau 9, Kg. Pedas Batu 4 (Kanan & Kiri), Tmn. Pinggiran Pedas, Kg. Minching Baru, Sg. Ibor Batu 3, Kg. Minching Lama, Tmn. Pedas Indah dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas.

Selain itu, Kg. Sg. Ibor, Kg. Seberang Batu 2, Sek. Keb. Pedas, Kg. Seberang Batu 1, Kg. Sg. Batu, Kg. Sg. Lalah, Tmn. Pedas Perdana, Jln. Mungkal, Jln. Tok Nara, Jln. Ampang Batu, Jln. Mungkal Tobek, Jalan Tok Menteri, Jln. Tok Samad, Jln. Bunga Raya, Jln. Dato’ Keramat, Tmn. Exora dan Kundur turut mengalami gangguan.

Pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Sains di talian bebas tol 1-800-88-6982 - Bernama
Sumber : http://bit.ly/2BBMEo7

No comments:

Post a Comment