info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Tuesday, March 6, 2018

'Biarlah saya nak cium suami yang halal, ada masalah?' - Eina Azman


Enam hari yang lalu, pelakon Eina Azman atau nama sebenar Datin Paduka Ainur Syakina Azman, memuat naik gambar-gambar percutian bersama suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden di Venice. 

Namun ada segelintir followers Instagramnya menegur tindakan Eina memuat naik gambar dia bercumbuan dengan suaminya di gondola sebagai tidak sopan dan tidak patut dikongsikan kepada orang ramai. 

"Tak sopan, boleh je cium tapi jangan tunjuk dalam Instagram sebab kita kan muslim, ada batasnya," kata Rose Soffiya dan ada beberapa netizen yang lain juga menyuarakan teguran yang sama. 

Bagaimanapun, Eina Azman tidak berdiam diri dan memuat naik komen berikut:

"Salam, biarlah saya nak cium suami yang halal. Ada masalah? Kalau rasa tak suka tengok, boleh unfollow IG saya. TQ." tulisnya. 


"Dear Datin, saya bukan nak mencari masalah ke apa. Tetapi walau halal sekalipun, kita sebagai muslim tidak boleh berciuman dengan pasangan kita di khalayak ramai. Cuba hadam dan terima," kata Maariniij. 

Beberapa followers pelakon berkenaan kemudian turut tampil mempertahankan Eina dan meminta individu-individu yang tidak menggemari gambar berkenaan untuk tidak mencemari ruangan komen. 


"Aku rasa yang busuk hati saja yang kecam Eina. Biarlah dia cium suami dia, halal. Lagipun ini akaun Instagram dia. Dia private, bukannya public. 

"Kalau yang follow ini kecam Eina, dikira menganggu privacy dia. Sebab ini akaun dia, jadi tak kisahlah dia nak post apa," kata Shairaa Halim. 

Sumber : http://bit.ly/2BBMEo7

No comments:

Post a Comment