info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Monday, February 5, 2018

Wanita Pukul Makcik "Cleaner" Kerana Tumpahkan Air!


Seorang pekerja pembersihan dikejarkan ke hospital pada Isnin lalu selepas dia dibelasah teruk oleh seorang wanita, lapor NextShark.

Mangsa yang tidak didedahkan namanya itu dibelasah kerana membasahkan sandal wanita berkenaan di pasar makanan laut di Sanya, pulau Hainan dan polis kini sedang menyiasat kejadian itu. 

Menurut saksi kejadian, insiden itu berlaku apabila mangsa secara tidak sengaja membasahkan sandal wanita berkenaan yang berdiri tidak jauh darinya. 

Menyedari kesilapannya itu, mangsa segera memohon maaf dan berkata dia tidak menyedari wanita itu berdiri berhampiran. 

Malangnya permohonan maaf mangsa tidak diendahkan dan wanita itu terus menyerang dan membelasah mangsa terutamanya di bahagian kepala sambil menjerit mangsa tidak akan mampu membayar pampasan kepadanya kerana sandal yang dipakainya itu sangat mahal harganya.



Selepas kejadian itu, rakaman video orang awam menunjukkan wanita terbabit ditahan dan diiring keluar oleh dua anggota polis. Sementara itu, mangsa yang berlumuran darah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera. 

Kejadian itu mengundang kemarahan netizen, "Pakai sandal mahal tapi hati busuk gile!". 

Bagaimanapun ada segelintir netizen berasa sangsi dengan dakwaan wanita terbabit kononnya sandal yang dipakainya itu mahal. 



Semakan pada video viral di saat ke 00.13 hingga 00.16 menunjukkan wanita terbabit hanya memakai sandal biasa, bukannya sandal mahal seperti yang didakwanya.

Sumber : nextshark

No comments:

Post a Comment