info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Tuesday, February 27, 2018

'Walaupun berniaga kecil-kecilan, kena buka akaun semasa' - Usah guna akaun personal untuk urusan perniagaan, elak risiko akaun simpanan ditutup


Seorang peniaga kecil-kecilan terkejut apabila menerima surat dari pihak bank yang memaklumkan akaun simpanannya akan ditutup kerana melakukan terlalu banyak transaksi keluar masuk. Tidak berpuas hati dengan perkara itu, Reen, telah menghubungi pihak bank itu untuk bertanyakan hal tersebut. 

Berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh pegawai berkenaan, transaksi keluar masuk yang terlalu banyak di akaun simpanannya itu diklasifikasikan sebagai penggunanya menjalani perniagaan. Difahamkan, transaksi akaun simpanan mempunyai hadnya dan adalah tidak sesuai untuk digunakan bagi tujuan berniaga. 

Oleh yang demikian, pihak bank telah menasihatkan Reen membuka akaun semasa bagi tujuan perniagaan. Bagaimanapun, isu ini telah menimbul kegusaran dalam kalangan peniaga kecil-kecilan berikutan jumlah pendapatan dari perniagaan yang dijalankan bukan melibatkan keuntungan yang besar. 

Bagi yang kurang faham dengan isu ini, beliau telah memberi penjelasan melalui laman Facebooknya dan ketahuilah beberapa langkah yang anda perlu lakukan untuk membuka akaun semasa. Semoga bermanfaat. 

POST ini penting untuk sesiapa yang menggunakan akaun bank personal buat niaga kecil-kecilan. 

Pada 15 Februari 2018, saya menerima satu surat daripada CIMB Bank. Isi surat (rujuk gambar) menyatakan bahawa kaun bank simpanan saya akan ditamatkan pada 1 Mac 2018. Saya agak keliru dan terus menghubungi pihak CIMB Bank beratus kali tetapi tidak dapat. 


Hari ini 26 Februari 2018, setelah beratus kali call akhirnya dapat. Alhamdulillah. Saya bertanyakan tentang status akaun bank saya, kenapa ianya ditutup. Pihak bank mengatakan bahawa mereka akan menutup akaun bank secara berperingkat. Di bawah saya senaraikan sebab-sebab akaun bank yang mereka akan tutup.
  • Perniagaan kecil-kecilan seperti dropship, ejen dan lain-lain.
  • Terlalu banyak transaksi duit keluar masuk sebab akaun simpanan ada hadnya. 

Habis tu, kalau banyak duit simpanan, takkan nak disimpan bawah katil? Saya juga bertanya kenapa akaun bank saya yang dikenakan tindakan seperti ini? Akaun yang saya guna untuk perniagaan ialah akaun semasa. 

Mereka menjelaskan, "Pihak atasan mendapati akaun cik ada melakukan banyak transaksi keluar masuk duit dalam jumlah yang banyak dan ia merupakan bisness."

"Baiklah, jadi macam mana pihak bank detect?" soal saya. 

Jawapan mereka, "Pihak kami akan tahu sebab dari akaun berlainan yang memasukkan duit ataupun bank in cash deposit. Pihak kami akan membuat penutupan akaun secara berperingkat walaupun berniaga sebagai dropship kecil-kecilan sebab untuk berniaga kena buka akaun semasa."

Allahu! Kasihannya para surirumah yang baru nak berniaga. Takkan nak buka akaun semasa? Nak buka akaun semasa perlu ada SSM. Modal pun RM1,000, kena pula bawa introducer lagi, kena isytihar cukai lagi hatta niaga untuk RM5 saja untuk satu barang. 

Saya tanya lagi, "Dan bila saya boleh buka akaun baru?"

"Tak boleh buka dah dengan CIMB dan penutupan akaun ini bukan CIMB sahaja tetapi semua bank buat hal yang sama," jelasnya. 

Jadi, harap korang jangan guna akaun bank personal lagi. Saya guna akaun bank personal bukan untuk berniaga, saya ada akaun semasa untuk syarikat. Tetapi banyak transaksi keluar masuk sebab saya bukan hanya menjalani satu perniagaan sahaja. Dan duit akan masuk ke akaun bank saya dulu, kemudian baru dimasukkan ke akaun syarikat. 

Jika anda sayangkan akaun bank anda, boleh daftar akaun semasa. Di bawah saya kongsikan prosedur untuk buat akaun bank semasa.
  • SSM enterprise saja, tak perlu Sdn. Bhd.
  • Deposit mengikut bank. Contohnya Maybank, RM1,000. 
  • Introducer (bergantung pada bank, jika Maybank perlukan introducer yang sekurang-kurangnya setahun ada akaun semasa di bank berkenaan). 

Selepas membuat akaun semasa, anda bebas keluar masuk duit RM2.6 bilion sekalipun, tetapi ingat, sila daftar syarikat anda kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Isytihar cukai anda sebelum diserang LHDN. 

Jadi buatlah pilihan yang bijak. Kongsikan perkara ini agar ramai yang tahu dan tidak menjadi mangsa seperti saya. Tiada budi bicara lagi. Mereka mendapat arahan dari pihak atasan. 

Sumber: Reen
Sumber : http://bit.ly/2BBMEo7

No comments:

Post a Comment