info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Monday, February 26, 2018

(Video) 'Dah meragut, buat muka sedih pulak'


Viral di media sosial petang semalam video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) seorang wanita warga emas diragut sehingga terjatuh dalam longkang, mengundang kemarahan netizen yang mengutuk tindakan dua lelaki terbabit. 

Bagaimanapun, dua peragut berkenaan tidak sempat meraikan hasil ragut apabila mereka ditahan polis kira-kira sejam selepas kejadian di Taman Limau Manis, Jalan Hamzah, tengah hari semalam. 

Lapor Berita Harian, dua suspek berusia 27 dan 33 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Jalan Kubur Muda, jam 1 tengah hari semalam. 

Berdasarkan rakaman video CCTV, mangsa, Wong Chui Ling, 72, sebelum itu berjalan kaki bersendirian menuju ke arah keretanya selepas selesai makan di kedai berhampiran sambil diperhatikan oleh dua peragut terbabit. 


Sebaik saja menghampiri dan cuba membuka pintu kereta, mangsa didatangi suspek dari belakang dan terus merentap beg tangan mangsa sehingga menyebabkan warga emas itu terjatuh. Dua peragut itu kemudian segera melarikan diri dengan menaiki kereta Proton Persona. 

Kejadian itu sempat disaksikan oleh seorang penunggang motosikal, namun tidak mampu berbuat apa-apa. Beberapa buah kenderaan yang melalui kawasan itu juga dilihat tidak berhenti untuk membantu mangsa. 

Mangsa cedera di bahagian kepala dan dibantu oleh orang awam sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk mendapatkan rawatan kecemasan. 

Penahanan dua suspek berkenaan turut berjaya menemui semula beg tangan mangsa yang mengandungi dokumen pengenalan diri dan wang tunai RM200. 





Hasil ujian urin, kedua-dua suspek dikesan positif dadah jenis methampetamine dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Sumber : http://bit.ly/2BBMEo7

No comments:

Post a Comment