info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Wednesday, February 28, 2018

Ude mahu ceraikan Intan, Izreen enggan komen


Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, 30, suami kepada Intan Liana Saleh dan pelakon Izreen Azminda dilaporkan bakal menceraikan isteri pertamanya, menurut laporan dari mStar Online. 

Kedua-dua pasangan itu hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Rabu bagi urusan lafaz cerai selepas Ude memfailkan permohonan berkenaan terhadap Intan yang dibuat pada 30 November lalu. 

Intan hadir ditemani ahli keluarganya kelihatan menitis air mata, manakala Ude pula tiba pada jam 2.30 petang.

Hakim Syarie, Shaiful Aziz Jamaludin bagaimanapun membenarkan permohonan peguam yang mewakili Ude, Datuk Mohd Zaidi Md Zain yang memohon penangguhan lafaz cerai itu bagi tujuan untuk menyelesaikan beberapa isu tuntutan selepas penceraian dan menetapkan 22 Mac depan bagi sebutan semula kes.

Menurut Mohd. Zaidi, antara alasan penceraian adalah tiada persefahaman antara Ude dan isteri pertamanya itu.

Ude yang merupakan pemuzik bebas memfailkan permohonan melalui peguamnya mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Sementara itu, Izreen Azminda menegaskan dia enggan mencampuri urusan Ude dan Intan serta berasa dia tidak berhak memberi sebarang ulasan mengenai perceraian itu.


"Saya pasti apa saja yang keluar daripada mulut saya akan diputar-belitkan dan dipersalahkan di kemudian hari seperti sebelum ini apabila berita pernikahan kami didedahkan.

"Saya tidak pernah bertanya mengenai mereka berdua. Saya rasa itu jalan terbaik bagi mengelakkan konflik.

"Jadi apabila mereka membuat keputusan untuk berpisah, saya juga tidak tahu puncanya dan saya tidak punya hak untuk mengambil tahu kerana takut nanti disalah anggap dan dipersalahkan kemudian," katanya memetik dari Harian Metro.

Izreen juga telah menutup semua ruangan komen di akaun Instagramnya. 

BERITA BERKAITAN:
Sumber : http://bit.ly/2BBMEo7

No comments:

Post a Comment