info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Thursday, February 15, 2018

‘Sumpah’ Sajat Memang Khunsa! - Ibubapa Sajat


AKHIRNYA selepas penantian yang penuh mendebarkan, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysa (Jakim) telah mengesahkan jantina sebenar usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman.

Menurut Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti Jakim, Dr. Mohd Izwan Md Yusof, pengakuan itu dibuat sendiri oleh Sajat.

“Ye betul, ibu bapa Sajat telah bersumpah bahawa Sajat adalah khunsa,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Mohd Izwan yang juga merupakan pakar menangani lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) JAKIM akui tentang identiti jantina usahawan bengkung itu sebagai seorang khunsa yang mana mempunyai dua alat kelamin.


Pagi tadi, baru sahaja disiarkan bahawa usahawan dan penyanyi lagu Abang nak Tegur itu mengakui bahawa dia sudah memaklumkan kepada pihak Jakim sendiri mengenai identiti jantinanya yang selama ini menjadi tanda tanya ramai.

Namun Mohd Izwan turut memberitahu bahawa pengakuan atau sumpah, tetap memerlukan pengesahan daripada pihak berautoriti dari segi sudut pandangan.

Disebabkan itu, pihak Jakim telah memberi tawaran bantuan supaya Sajat dapat mengikuti beberapa prosedur pengesahan jantinanya oleh pakar perubatan yang bertauliah dan diperakui oleh pihak kerajaan.

“Sebenarnya, Jakim telah pun mengatur temujanji di antara pakar perubatan dengan pihak Sajat.

“Namun di saat akhir Sajat tidak hadir atau membatalkan temujanji pemeriksaan pakar perubatan kerana didesak oleh pihak ketiga di pihak Sajat sendiri,” tambahnya lagi.


Sebelum ini Jakim juga mengakui bahawa terdapat pihak ketiga yang ‘menghalang’ pihak mereka mendedahkan identiti jantina usahawa tersebut.

Oleh itu, sebarang maklumat lanjut masih lagi tidak didedahlan oleh kedua-dua pihak dan mereka juga perlu mengikuti beberapa prosedur yang ditetapkan.

Semoga tiada pihak luar yang campur tangan terhadap isu ini kerana barangkali ianya akan merumitkan lagi keadaan.

No comments:

Post a Comment