info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Saturday, February 3, 2018

Sultan Johor Titah Polis Tahan Mat Rempit Depan HSA


MURKA… Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar murka tindakan golongan mat rempit menjadikan Jalan Pantai Lido di hadapan Hospital Sultanah Aminah (HSA) sebagai medan lumba haram.

Sultan Ibrahim bertitah, baginda menerima pelbagai aduan daripada pesakit di hospital tersebut yang mengalami masalah kesukaran untuk tidur berikutan terganggu oleh bunyi bising enjin motosikal mat rempit berkenaan.


Baginda menitahkan agar pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap mat rempit berkenaan sekali gus menahan mereka atas kesalahan lumba haram yang menyebabkan gangguan kepada pengguna jalan raya lain.

“Berhenti daripada terlibat dalam aktiviti tidak berfaedah ini. Fikirkan mengenai ketenteraman awam dan pesakit di hospital yang memerlukan rehat secukupnya,” titah Sultan Johor.

Sultan Ibrahim bertitah almarhum anakanda, Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil pernah mengalami masalah kesukaran untuk beradu pada waktu malam ketika menerima rawatan di Wad Diraja HSA berpunca daripada bunyi kuat motosikal.


Sultan Johor menegaskan lagi, keadaan itu turut sama dialami oleh menantu baginda iaitu Che’ Puan Khaleeda Bustamam sewaktu melahirkan anakandanya di hospital berkenaan.

“Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail dan isteri tidak dapat beradu pada waktu malam disebabkan gangguan bunyi motosikal yang berlumba dari jam 12 tengah malam hingga 3 pagi.

“Saya juga mengalami pengalaman yang sama ketika menerima rawatan di Wad DiRaja HSA,” titah baginda lagi yang turut disiarkan menerusi laman Facebook rasmi Sultan Johor.

No comments:

Post a Comment