Safiey Ilias Sindir Seseorang Di Instagram? - maitengok!

info-info menarik !

Breaking

Thursday, February 1, 2018

Safiey Ilias Sindir Seseorang Di Instagram?


Sejak kebelakangan ini isu mak nyah atau pondan telah menjadi satu topik hangat di Malaysia, terutama sekali selepas seorang blogger terkenal membuat laporan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan pada golongan pondan yang semakin berleluasa.

Memang tidak dinafikan yang golongan itu kini sedang berleluasa dari mempromosikan produk sehingga menayang kekasih ‘sado’ seolah-olah itu hanya satu trend dan bukan sesuatu perkara yang melanggar ajaran Islam.

Selepas reda semua isu itu, kini timbul pula cerita baru apabila pengasas kosmetik yang kembali semula menjadi ‘wanita’ iaitu Safiey Ilias dikatakan membuat sesi ‘live’ di Instagram memerli ‘seseorang’ dengan mengelarkannya sebagai munafik.

Dalam ‘live’ itu, Safiey mengatakan yang oleh sebab dia jujur mengakui yang dirinya adalah pondan jadi bila orang mengelarkannya pondan mahupun bapok kerana sekurang-kurangnya dia bukan munafik sekejap mengaku khunsa, sekejap lelaki dan sekejap perempuan.

Malah bukan itu sahaja tetapi Safiey juga turut mengkritik tindakan ‘individu’ itu kerana ingin menunaikan ibadah Haji sebagai perempuan berbanding dirinya yang pergi menunaikan Haji sebagai lelaki kerana sedar dirinya adalah lelaki.

Siapa agaknya orang munafik yang Safiey maksudkan itu? Ada yang mengatakan sindiran itu ditujukan kepada Sajat kerana Sajat pernah mengatakan yang dirinya khunsa dan juga pernah menunjukan borang mengatakan dia perempuan. Sehinggakan ramai orang meragui jantinanya yang sebenar.

No comments:

Post a Comment