info-info menarik !

Breaking

Saturday, February 3, 2018

Potong ‘Anu’ Kekasih Curang Akibat Cemburu!


Seorang wanita yang cemburu selepas kekasihnya tertarik dengan wanita lain bertindak mengikat lelaki itu sebelum menikam dan menghiris buah zakar mangsa.

Zhanna Nurzhanova, 36, ditangkap polis selepas kekasihnya, R Suleimano dirawat di sebuah hospital di sini, akibat cedera parah pada kemaluannya.

Wanita itu dipercayai berang selepas mendapat tahu Suleimano jatuh hati dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Karina.

Zhanna juga menemui beberapa gambar wanita cantik pada telefon bimbit milik kekasihnya.

Menurut dokumen mahkamah, dalam kejadian pada 21 Januari lalu, Zhanna mengajak Suleimano untuk satu permainan seks sebelum dia mengikat tangan dan lelaki itu pada bucu katil.

Zhanna memarahi lelaki itu kerana berhubungan dengan wanita lain sebelum memukul muka dan dada mangsa dengan batang besi.

Wanita itu kemudian mengeluarkan picagari dan mencucuk ubat bius di sekeliling kemaluan mangsa.

Tidak cukup dengan itu, Zhanna mengambil pisau pembedahan dan mula menghiris buah zakar lelaki itu.

Zhanna juga dilaporkan mengikat salur sperma lelaki itu dan cuba menjahit luka itu semula tetapi mangsa mengalami pendarahan yang banyak.

Kerana panik, Zhanna segera membawa mangsa ke hospital sebelum dia ditahan selepas doktor membuat laporan polis.

Menurut laporan berkenaan, Zhanna berdepan hukuman penjara 10 tahun sekiranya didapati bersalah menyerang kekasihnya.

Sumber : Agensi/myMetro Online

No comments:

Post a Comment