info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Wednesday, February 14, 2018

Pendedahan Jantina ‘Dihalang’ Pihak Ketiga - Jakim


KINI tiba masanya untuk rakyat Malaysia mengetahui tentang identiti jantina sebenar usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat Kamaruzzaman.

Sebelum ini pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah memberitahu bahawa tempoh paling minimum untuk mereka mengetahui keputusan ialah selama sebulan.

Namun hari ini, menurut mStar Online, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti Jakim, Dr. Mohd Izwan Md Yusof memberitahu bahawa pihak mereka telah ‘dihalang’ oleh individu ketiga iaitu di pihak pengasas Nur Sajat Beautician itu sendiri.

“Ada gangguan daripada pihak ketiga buat masa sekarang ini,” katanya ringkas.

Kini proses pendedahan jantina usahawan tersebut akan menjadi lebih rumit dan lama kerana campur tangan orang ketiga.

Bagaimanapun, Mohd Izwan tidak mahu mendedahkan identiti pihak ketiga tersebut.

“Apa-apa kami akan maklumkan kemudian, tapi pada masa ini ada terhalang,” tambahnya lagi.


Mohd Izwan yang merupakan pakar menangani lesbian, gay, biseksual dan transgender, (LGBT) memberitahu bahawa pihak Jakim sama sekali akan tetap komited terhadap tanggungjawab mereka bagi melakukan proses keputusan identiti sebenar jantina usahawan kontroversi berkenaan.

Boleh dikatakan ramai rakyat Malaysia yang sudah bersedia menanti jawapan daripada pihak Jakim sendiri.

“Kita akan cuba selagi upaya untuk memujuk Sajat meneruskan proses-proses itu. Kita berharap agar dapat diteruskan apa yang telah dipersetujui dalam pertemuan dulu,” tambahnya lagi.

Dalam masa yang sama, pihak mStar Online juga telah menghubungi Sajat berkenaan isu tersebut namun mereka masih lagi menunggu maklum balas daripada Sajat sendiri.

Selain itu, Azwan turut menafikan bahawa seorang pegawai wanita Jakim telah mengesahkan identiti sebenar Sajat sebelum ini.

“Ia hanya sebahagian perbualan daripada pegawai wanita di Jakim. Tentang pengesahan jantina hanya boleh dibuat oleh doktor pakar yang bertauliah sahaja,” jelasnya lagi.


Kini, pendedahan identiti Sajat akan menjadi lebih rumit serta mengambil masa yang lama.

Jadi, diharapkan semua rakyat Malaysia agar tetap bersabar dan jangan mengeluarkan sebarang spekulasi murahan sebelum ianya dishakan oleh pihak JAKIM sendiri.

No comments:

Post a Comment