Penat rogol oku, perogol tertidur di rumah mangsa! - maitengok!

info-info menarik !

Breaking

Thursday, February 1, 2018

Penat rogol oku, perogol tertidur di rumah mangsa!


SEORANG lelaki bukan sahaja tergamak bertindak keji merogol wanita kurang upaya (OKU) malah, lebih biadap apabila turut tidur di rumah mangsa dalam satu kejadian di Serdang, Bandar Baharu, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, wanita yang berusia 36 tahun tersebut didakwa ditumbuk sebelum dirogol oleh suspek di dalam bilik tidur milik mangsa.

Memetik beberapa laporan, difahamkan suspek turut sempat tidur selama hampir lima jam berikutan letih selepas merogol mangsa sebelum melarikan diri sebaik tersedar.

“Mangsa kemudian menceritakan kejadian itu kepada seorang lelaki yang tinggal di kawasan terbabit. Dia kemudian dibawa lelaki itu untuk membuat laporan di Balai Polis Serdang untuk tindakan selanjutnya,” kata sumber seperti dipetik Harian Metro, hari ini.

Sumber berkata lagi, suspek berjaya diberkas oleh pihak polis kira-kira satu jam selepas laporan dibuat dan mangsa pula dihantar ke Hospital Kulim untuk pemeriksaan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Baruddin Wariso mengesahkan berhubung kes terbabit dan memberitahu suspek kini berjaya ditangkap.

Kata beliau lagi, suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi siasatan lanjut dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 (2) (K) Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment