info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Wednesday, February 7, 2018

Nugget McD Stok Dari Kilang Dijual Online?


ENTAH benar atau tidak, ketulan daging McDonald’s yang biasa disebut sebagai McNuggets kini dijual secara terbuka oleh sekumpulan peniaga dalam talian melalui laman Facebook.

Menerusi beberapa gambar screen shot yang diperoleh, para peniaga terbabit mendakwa nugget berkenaan konon adalah 100 peratus sama seperti yang dijual di rangkaian restoran McDonald’s seluruh negara.

Bagaimanapun, tindakan tersebut turut menimbulkan persoalan dalam kalangan pengguna berhubung tahap keaslian produk makanan popular berkenaan.



Memetik mStar Online, salah seorang peniaga yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp mengesahkan promosi produk tersebut adalah benar.

“Ya betul, sebab kami ambil dari pembekal yang sama dengan McDonald’s,” katanya

Sementara itu, seorang lagi penjual turut menyatakan hal sama selain mendakwa stok nugget berkenaan diambil daripada pembekal McDonald’s.

“Ini memang nugget asli McDonald’s, saya ambil secara terus dari kilang pembekal mereka.

“Kalau tak percaya, cuba beli, goreng dan rasa sendiri,” jelasnya.


Bagaimanapun, pembekal untuk rangkaian restoran segera itu, MacFood Services (M) Sdn. Bhd. telah menafikan pihaknya membekalkan McNuggets kepada peniaga luar selain daripada premis rangkaian makanan segera itu.


Hingga kini, McDonald’s Malaysia masih belum memberikan kenyataan rasmi berhubung dakwaan terbabit.

No comments:

Post a Comment