info-info menarik !

Breaking

Friday, February 2, 2018

"NAUZUBILLAH! KOTOR NAK MAMPUS!" - Wanita kesal rumah sewa dijahanamkan sekumpulan lelaki!


Kecoh di twitter tular tentang satu kejadian dimana rumah yang disewakan kepada beberapa orang lelaki hancur seperti dipukul taufan.

Gambar tersebut dikongsi oleh @aireensyakirah yang merupakan anak kepada pemilik rumah sewa tersebut. Bukan sahaja rumah tidak dijaga dengan bersih, malah alatan elektrik dan perabot yang berada di dalam rumah itu juga turut dirosakkan.

Malah penyewa itu juga turut mencuri beberapa barang di dalam rumah tersebut seperti kipas dan tong gas.


















"Selama korang menyewa, mak aku layan korang macam anak sendiri. Tak cukup makan, mak aku bagi makan. Ini yang korang balas? Kasihan mak ayah aku. Sebak hati diorang korang buat rumah yang diorang jaga sampai macam ini sekali. 

"Kami bagi sewa sebab nak tolong korang, nak mempermudahkan korang dan nak mencari rezeki. Tetapi korang buat macam kandang babi, macam tempat perlupusan sampah!

"Pagi tadi semasa pergi tengok rumah. Allahu, teruk sangat korang buat rumah itu. Paip air terbuka, lampu tak ditutup, kipas di setiap bilik dicuri, tong gas dicuri, tilam dikencing dan dikoyak, bantal dikoyak. 

"Apa yang korang dapat dengan menganiaya orang seperti ini? Selamat ke hidup korang? Selagi korang tak meminta maaf pada mak dan ayah aku, sumpah hidup korang memang laknat dunia akhirat. 

"Orang yang korang aniaya itu adalah mak ayah aku! Mak ayah aku beli rumah, beli barang rumah itu bukan menggunakan daun, tetapi menggunakan duit! Mana pergi hati perut korang? Tak kasihan ke kalau perkara yang sama terjadi pada keluarga korang sendiri?

"Sedih mak ayah aku, korang ingat aku boleh duduk diam tengok mak ayah aku macam ni? Rumah itu salah satu tempat mencari rezeki tahu tak? Apalah dosa mak ayah aku dengan korang? Sampai hati korang," tulisnya. 

Bagaimanapun dalam satu gambar perbualan mesej WhatsApp yang dikongsikan, bapa Aireen redha dengan apa yang berlaku dan tidak mahu memanjangkan hal itu. 

"... abis hari ini saja dah. Kita bersih dan serahkan kepada tuhan saja. Takut berpanjangan dan dendam. Jadikan pengajaran sahaja sebab kita semua anak perempuan. Orang berdendam nanti, payah. 

"... ni hati kering. Kena jenis tak sembahyang, dendam, buat orang ni biasa bagi orang tak takut dosa ini," kata bapanya. 

Sementara itu, netizen kini dilaporkan sedang giat menyerang akaun Instagram salah seorang bekas penyewa rumah berkenaan yang dikenali sebagai Amer. 

Bagaimanapun semakan terkini mendapati akaun Instagram berkenaan telahpun ditetapkan kepada mode private.




Sumber : twitter @aireensyakirah

No comments:

Post a Comment