info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Monday, February 5, 2018

Murid Ini Diminta Berdiri Dalam Kelas, Tetapi Kisah Disebaliknya Sangat Menyentuh Hati


Nampak seperti mudah, namun kerjaya sebagai seorang guru banyak cabarannya. Tambahan pula zaman sekarang ini, ada sahaja kes yang melibatkan guru ditahan polis kerana mengambil tindakan yang tidak dipersetujui ibu bapa ke atas anak-anak mereka.

Kebiasaannya pelajar akan disuruh berdiri dalam kelas kerana tidak menyelesaikan kerja sekolah yang diberikan. Pun begitu, kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook ini bukan seperti yang selalu kita dengar.



Berdasarkan perkongsian Mohd Fadli Salleh, guru ini menceritakan kisah bekas anak muridnya yang didenda berdiri di dalam kelas oleh guru Bahasa Melayu (BM) kerana karangan yang ditulis. Menurut Fadli, guru BM tersebut memberikan satu tugasan kepada murid-murid untuk menulis karangan tentang sesuatu yang sangat istimewa kepada mereka.

Dalam karangan tersebut, kanak-kanak berusia 12 tahun itu menulis tentang arwah adik-adiknya yang telah meninggal dunia. Setelah dibaca, guru BM tersebut menyuruh kanak-kanak itu berdiri di dalam kelas kerana merasakan bahawa tulisannya tidak menepati tajuk.



Setelah diminta berdiri di dalam kelas kerana hal itu, guru tersebut menerangkan bahawa kisah yang ditulis murid 12 tahun terbabit tidak bertepatan dengan tajuk yang diberikan dan mengatakan bahawa karangannya pelik. Murid tersebut digelakkan rakan-rakan sekelas dan menjadi malu apabila ada rakan yang mahu membaca karangannya.

Lebih menyedihkan, kanak-kanak tersebut yang masih muda rupa-rupanya pernah mengalami depresi atau kemurungan kerana pelbagai dugaan yang dihadapi keluarga. Pernah menemani ibu setiap hari sehingga sampai waktu ibunya bersalin, adik kembar kanak-kanak tersebut ditakdirkan hanya hidup dua jam sahaja sebelum dijemput Ilahi.



Ibu dan ayahnya pula kini dikhabarkan dalam proses perceraian. Hal ini ternyata memberikan tekanan hebat kepada kanak-kanak tersebut sehingga dia menjadi pendiam dan hilang semangat untuk ke sekolah. Sikapnya yang selama ini sentiasa ceria dan happy go lucky terus hilang.

Baru sahaja hendak pulih daripada kemurungan, kanak-kanak tersebut kembali menjadi pendiam dan tidak mahu bergaul kerana peristiwa digelakkan rakan dalam kelas itu. Berikutan hal ini, Fadli dalam entrinya memberitahu bahawa guru sepatutnya dimaklumkan dengan keadaan pelajar sebegini agar sokongan yang sepatutnya dapat diberikan di sekolah.



Sedihnya baca karangan adik ni. Walaupun masih muda, tapi ayat yang ditulis membawa maksud yang sangat mendalam.

Sumber : Mohd Fadli Salleh

No comments:

Post a Comment