info-info menarik !

Breaking

Saturday, February 10, 2018

Mayat isteri dierat, sumbat dalam beg untuk dibakar!


Seorang lelaki gelandangan dipercayai membunuh isterinya di sebuah restoran yang terbiar sebelum mengerat mayatnya ke beberapa bahagian dan menyumbat sisa berkenaan ke dalam bagasi, malah selamba membawa beg berkenaan menaiki kereta api untuk dibakar di kawasan lain.

Valentino Gutierrez, 56, yang didakwa Selasa lalu atas tuduhan bunuh dan membakar selepas membunuh isterinya, Tiana Alfred, 31, di restoran di Pasadena, California, tidak mengundang sebarang syak sepanjang menaiki tren membawa sisa mayat mangsa sebelum selamba menaiki basikal sebaik turun di destinasinya.

Menurut Daily Mirror, dia mengayuh basikal dengan mengheret bagasi itu dari stesen kereta api ke tempat meletak kereta Home Depot di Los Angeles dan membakar beg berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Pasadena Justin Eisenberg berkata, motif perbuatannya masih tidak dapat dikenal pasti, malah pejabat koroner sehingga kini belum mengenal pasti identiti sebenar mayat. Bagaimanapun, polis percaya mangsa adalah Tiana yang dilaporkan hilang.

“Pembunuhan ini amat ngeri dan terlalu kejam. Bukannya mudah mengerat mayat seperti itu.

“Peranan tertuduh dikesan hasil rakaman kamera keselamatan di sistem transit berkenaan menunjukkan seorang lelaki membawa bagasi menaiki tren aliran ringan yang membawa penyiasat ke Pasadena,” katanya.

Eisenberg berkata, identiti tertuduh dikenal pasti selepas gambarnya ditunjukkan kepada gelandangan di kawasan itu.

AP melaporkan Gutierrez di luar pusat perlindungan gelandangan di mana dia menginap pada Jumaat lalu.

Sumber – hmetro

No comments:

Post a Comment