info-info menarik !

Breaking

Saturday, February 10, 2018

'Mati akibat merokok' - Doktor sedih ramai meninggal disebabkan rokok!


Umum mengetahui merokok amat merbahaya kepada kesihatan tubuh badan. Bahkan asap rokok juga memudaratkan  kesihatan orang awam yang terhidu bau asapnya. Namun demikian, bilangan perokok tidak mencatatkan penurunan, malahan semakin tinggi bilangannya. 

Merokok mengundang pelbagai penyakit yang boleh membawa maut. Sebelum ini,  Naib Pengerusi Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader telah mendedahkan bahawa  kira-kira 20,000 rakyat di Negara ini mati akibat penyakit yang berkaitan rokok pada setiap tahun.  Jumlah yang besar bukan? 

Tepuk dada, tanya diri sayangi nyawa anda. Lihat sekeliling, ibu bapa, isteri, anak dan kawan-kawan. 

Perkongsian dari Doktor Emy Roberto membuatkan ramai yang sedih dan sayu. Kematian seorang pesakitnya akibat merokok begitu meruntun emosinya. 

Walhal pesakit tersebut sebelum ini tidak pernah mengalami apa-apa penyakit. Usahanya menyelamatkan nyawa pesakit sebaik mungkin dilaksanakan, namun sebagai doktor, dia tidak dapat lari dari melihat kesedihan keluarga si mati.

SELAMAT pagi. Orang lain baru nak bersiap pergi kerja, saya masih terpacak di hospital sejak jam lapan pagi semalam dan berterusan sehingga jam lima petang nanti. Kalau oncall memang boleh jadi spesis zombie kampung pisang.

Hari ini saya nak kongsikan satu kes pesakit saya sewaktu oncall semalam. Saya medical MO in charge casualty (kecemasan), referrals satu hospital dan ICU. Memang penat, kadang-kadang saya mengeluh tapi itu tanggungjawab jadi saya tidak boleh merungut.

Jam 10 malam, referred case dari daerah sampai. John Doe, 44 tahun, bujang, tak pernah sakit apa-apa sebelum ni, chronic smoker. Datang-datang, memang dah intubated (memerlukan bantuan pernafasan melalui mesin ventilator) dan tekanan darah sangat rendah (terpaksa support dengan inotrope-ubat untuk bantu naikkan tekanan darah).

Tengok chest x-ray, teruk sangat terutamanya bahagian kanan paru-paru.  Jadi saya minta bapa pesakit masuk, ambil sejarah segala. Pendek kata, pesakit tak sihat cuma dua hari. Batuk-batuk, sesak nafas dan makin teruk sebab itu dibawa ke hospital.

"Dia merokok ke pakcik?" soalan biasa yang saya tanya kalau pesakit datang dengan tanda-tanda yang berkaitan dengan pernafasan.

"Ya, doktor. Kuat betul dia ini merokok, sampai satu kotak satu hari," jawabnya. 

"Oo," tidak hairan sebab ada pesakit sampai dua kotak sehari. Serius hardcore, gaya macam fogging paru-paru.
Habis attend pesakit itu, saya menjalankan tugas seperti biasa. Turun naik wad, tengok mana yang perlu. Jam 5 pagi, handphone saya berbunyi, nombor hospital. Kawan, (casualty MO) telefon.

"Emy, patient yang lobar pneumonia itu asystole. Dah CPR dua kali revived dan asystole balik. Sekarang tengah CPR. Macam tak okey juga ni," katanya. 

"Huh? Sh*t," saya mencarut kalau risau, terkejut, marah

Sampai casualty, colleagues masih CPR, revived (jantung berdegup) asystole (berhenti berdegup), CPR, revived, asystole, cycles yang sama berulang-ulang. Tidak sedar sudah hampir sejam CPR. Sampai bila nak CPR, prognosis is poor (keadaan pesakit dah kritikal kaw-kaw). Ventilator settings pun dah tinggi gila, bermaksud mesin pernafasan pun dah  tak dapat bantu paru-paru dia untuk terus berfungsi.”

Jadi terpaksa panggil semua ahli keluarga yang ada termasuklah kedua orang tua pesakit. Bila tengok satu persatu riak wajah ahli keluarga, sedih gila dan sangat mengharap.

Diterangkan. keadaan dia sekarang sangat kritikal. Jantung berhenti, paru-paru pun dah tak dapat berfungsi. Kami dah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan dia tetapi kami berhenti sampai sini saja dan ahli keluarganya mula menangis. Paling sedih tengok muka ibu bapa pesakit. Muka speechlesss dan terkejut tahap tak tahu nak cakap apa.

Seriously, belajar ambik medic tujuh tahun, there is no textbook way for us to break bad news. Lagi-lagi dengan ibu bapa pesakit. Hancusssss hujan cetus dalam hati.

Nak CPR sampai bila? Sampai matahari terbit? Sampai petang? Selepas lebih satu jam CPR, kami berhenti, biarkan dia pergi dengan tenang. Bila ahli keluarga masuk, mak pesakit peluk saya dan kawan lagi satu.


"Kenapa doktor? Kenapa  tak dapat selamatkan dia?," kata makcik itu menangis-menangis. 

Saya dengan kawan  hilang kata-kata. Okey, saya rasa mata saya berair. Nasib baik masih pakai mask muka. Kepada makcik, kami bukan Tuhan. Kami pun manusia biasa juga. 

Pagi ni orang pertama yang saya mesej adalah encik suami

"Pesakit saya telah mati."

Say no to smoking. Hentikan merokok, jangan merokok. Itu adalah salah satu risiko yang pesakit ada hingga menyebabkan fungsi paru-paru dia sangat teruk, ditambah lagi dengan superimposed infection yang ada. Again, say no to smoking!

p/s: Gais, tolong sebarkan agar ramai perokok dan orang yang tidak merokok dapat diselamatkan. Berhentilah merokok, kami yang tidak merokok ini berhak menuntut hak untuk mendapatkan udara bersih dan bebas dari asap rokok. Sebarkan demi kebaikan kita bersama.

Sumber: Dr. Emy Roberto via thereporter

No comments:

Post a Comment