info-info menarik !

Breaking

Wednesday, February 7, 2018

Mak kandung dia, baru “culik” anak ini - Lelaki Rayu Bantuan Orang Ramai


Berita tentang kes kehilangan kanak-kanak dan anak kecil sering kali kita dengar berlaku di Malaysia. Ini terbukti apabila terdapat banyak kes kehilangan dan pembunuhan kanak-kanak yang dilaporkan di negara kita. Kes kehilangan anak-anak kecil seperti Nurin Jazlin dan Sharlinie pasti masih terngiang-ngiang dalam ingatan.

Pun begitu, jarang sekali kita dengar kisah kanak-kanak diculik oleh ahli keluarga sendiri. Menurut perkongsian seorang lelaki dikenali sebagai Nazri Ishak di laman Twitter miliknya, dia menceritakan kisah kehilangan anak saudara bernama Nilam yang diculik oleh ibu kanak-kanak itu sendiri.



Mungkin kedengaran agak pelik kerana mustahil seorang ibu akan menculik anak sendiri, namun itulah hakikatnya berdasarkan entri yang dimuat naik oleh Nazri. Lelaki itu memaklumkan bahawa anak saudaranya yang baru berusia lima tahun telah ‘diculik’ oleh ibu kandungnya sewaktu perjumpaan yang ditetapkan hakim mahkamah syariah.

Dalam entrinya, Nazri merayu sesiapa yang ada ternampak sesiapa bersama Nilam untuk membawa individu tersebut ke balai polis. Ini kerana Nilam masih belum dijumpai dan tiada khabar berita mengenainya sehingga ke hari ini sejak ‘diculik’ oleh ibunya beberapa hari yang lalu.



Difahamkan, ibu Nazri menjaga Nilam semenjak dari bayi lagi kerana anak kecil tersebut ditinggalkan oleh ibunya. Tidak pernah membesarkan anak kecil itu sendiri, ibu kandung Nilam tiba-tiba muncul pada suatu hari dan menuntut anaknya kembali.

Bukan tidak percayakan ibu kandung sendiri menjaga anak kecil tersebut, namun Nazri mendedahkan bahawa Nilam rupa-rupanya pernah dicabul oleh datuk sebelah ibunya itu. Oleh sebab itulah Nazri dan keluarga sangat bimbangkan keadaan Nilam jika dia bersama dengan wanita tersebut.



Maklumat terkini yang dikongsikan Nazri mengatakan bahawa Nilam memang disorok oleh individu yang tidak bertanggungjawab kerana ibu kanak-kanak itu sudah beberapa hari tidak hadir ke tempat kerjanya.

Rata-rata yang meninggalkan komen mendoakan agar Nilam segera ditemukan dan tiada sebarang kejadian berbahaya yang tidak diingini berlaku ke atas kanak-kanak berusia lima tahun tersebut.

Semoga pihak berkuasa berjaya jumpa Nilam! Kalau korang ada nampak kanak-kanak comel ni kat mana-mana, cepat laporkan pada polis ye!

Sumber : Nazri Ishak via lobakmerah

No comments:

Post a Comment