“Lepas Langgar, Dia Terus Cabut” - maitengok!

info-info menarik !

Breaking

Sunday, February 4, 2018

“Lepas Langgar, Dia Terus Cabut”


“WANITA pandu kereta jenis Perodua Myvi yang langgar anak saya, sila tampil bersemuka minta maaf dengan keluarga kami!”

Demikian luahan seorang bapa meminta wanita yang terbabit dalam insiden langgar lari menimpa anaknya pada Khamis lalu, agar tampil melakukan permohonan maaf kepada keluarganya.

Mohd Rashidi Osman, 37, berkata, anaknya, Muhammad Razeen, 3, cedera parah selepas dilanggar di depan rumah neneknya di Serdang Jaya, kira-kira jam 1.30 petang.

Anak bongsu daripada lima beradik itu kini masih menerima rawatan di Hospital Serdang dan berada dalam keadan stabil.

“Lepas langgar anak saya, dia tak jumpa langsung keluarga saya dan terus berlalu pergi selepas anak saya dibawa ke dalam rumah.

“Saya dah lapor polis tapi sampai sekarang wanita berusia 30-an yang memandu Myvi berwarna kelabu itu belum munculkan diri,” katanya memetik Sinar Harian Online.

Menurut Mohd Rashidi, sebelum kejadian mengejut itu berlaku, anaknya bersama ibu saudaranya keluar rumah menuju ke kereta kerana mahu bergerak pulang ke kampungnya di Nilai.

Namun belum sempat apa-apa, anaknya itu telah melintas dan dilanggar pemandu wanita tersebut menyebabkan si kecil itu terpelanting sejauh beberapa meter.

“Kakak saya terus angkat anak masuk ke rumah, bila keluar, dia dapati pemandu Myvi tersebut telah menghilangkan diri,” katanya.

Mohd Rashidi menjelaskan, keadaan anaknya itu tidak serius namun terdapat darah beku di kepala dan keretakan di bahagian kepala.

“Pelaku boleh menghubungi saya di talian 0123637035 untuk mengatur pertemuan menyelesaikan masalah ini,” katanya lagi.


Sementara itu netizen di media sosial mengecam keras sikap tidak bertanggungjawab pemandu wanita terbabit dan turut mendesak agar tindakan undang-undang yang berat perlu dikenakan terhadap mana-mana pemandu yang bertindak melarikan diri selepas kemalangan.

Sumber : Rashidi Shidi

No comments:

Post a Comment