Kerana Guna British "Accent", Dr. Amalina Dikecam Di Twitter? - maitengok!

info-info menarik !

Breaking

Tuesday, February 6, 2018

Kerana Guna British "Accent", Dr. Amalina Dikecam Di Twitter?


Dr. Amalina Che Bakri ialah nama yang tidak asing lagi di Malaysia. Beliau pernah merangkul keputusan SPM yang cemerlang dan kini merupakan seorang pelatih pakar bedah di UK. Namun begitu, beliau sering dikecam kerana ada sahaja yang kurang senang dengannya.

Jika sebelum ini, penyanyi Shila Amzah teruk dikecam kerana mempunyai British accent yang kononnya sengaja dibuat-buat, pada kali ini Dr. Amalina Che Bakri turut terkena kritikan yang sama. Terbaru, Amalina dikecam di Twitter kononnya sengaja buat-buat accent mat saleh ketika melakukan live session di mana beliau memberikan tips untuk menjadi doktor yang bagus.


Dr. Amalina kemudian memberikan respon profesional di Twitter dengan menerangkan bahawa beliau telah tinggal di luar negara sejak berusia 17 tahun lagi, oleh itu adalah perkara biasa untuk adapt dengan bahasa dan cara percakapan mengikut orang sekelilingnya. Betul juga tu!


Ujarnya lagi, ketika beliau tinggal di US beberapa tahun yang lalu, cara percakapannya kedengaran seperti orang Amerika dan itu merupakan perkara yang normal. Dr. Amalina juga menyatakan kehairanannya kerana hal ini menjadi isu. Biasalah doktor, netizen ni kan….


Walaupun ramai yang turut kecam cara percakapan Dr. Amalina, namun, masih ada yang tidak melihat ini sebagai satu perkara yang patut dijadikan isu terutamanya pada zaman sekarang.

Ramai antara mereka yang tampil menyokong dan mengatakan bahawa adalah semulajadi untuk seseorang itu untuk terikut dengan cara orang sekeliling mereka tambah-tambah lagi jika sudah tinggal lama.




Selain itu, ramai juga yang mempersoalkan jika cara percakapan patut dijadikan isu kerana perkara yang hendak disampaikan kepada orang yang mendengar adalah lebih penting daripada accent yang digunakan.




Bila semua benda nak dikritik

Sumber : DrAmalinaBakri via lobakmerah

No comments:

Post a Comment