Ini yang anda perlu tahu tentang kontroversi Nestlé Milo yang mengandungi tahap gula tinggi - maitengok!

info-info menarik !

Breaking

Thursday, February 8, 2018

Ini yang anda perlu tahu tentang kontroversi Nestlé Milo yang mengandungi tahap gula tinggi


Baru-baru ini pasti anda pernah saksikan video dan membaca artikel mengenai Milo di mana ia dikatakan mengandungi tahap gula yang tinggi seperti yang tular di internet.

Sekiranya anda belum mengikuti apa yang telah berlaku kebelakangan ini, topik itu sebenarnya bermula setelah wujud pengumuman oleh portal berita antarabangsa.

Jadi, untuk memudahkan anda memahami kontroversi ini, kami ada sediakan sedikit ringkasan buat anda.

1. Malaysia menduduki tangga negara paling ramai mempunyai rakyat gemuk di Asia


Beberapa tahun kebelakangan ini, Malaysia dinobatkan sebagai negara paling ramai mempunyai rakyat gemuk di Asia, di mana hampir separuh daripada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas (47.7%) dikategorikan sebagai obes.

Di samping itu, 30.3% daripada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas menderita tekanan darah tinggi, 47.7% pula mempunyai masalah kolestrol yang tinggi serta 17.5% mempunyai kencing manis. 

Semua sakit kronik yang dinyatakan di atas berkait rapat dengan gaya hidup, di mana ia disumbangkan oleh tabiat pemakanan kita dan aktiviti fizikal.

2. Kajian pemakanan ditaja dan disemak oleh syarikat gergasi makanan


Sebuah artikel yang diterbitkan oleh New York Times pada Disember 2017, mendedahkan bahawa syarikat gergasi makanan telah menaja pakar pemakanan. Sebagai contoh, Persatuan Pemakanan Malaysia (PPM) menerima tajaan Nestlé, Kellogg’s, PepsiCo, and Tate & Lyle sewaktu menjalankan kajian tentang tabiat pemakanan dan gaya hidup.

PPM dilaporkan telah menerima duit tajaan berjumlah hampir US$188,000 (RM767,000) daripada Nestlé and Cereal Partners, dan beberapa lagi syarikat lain.

Portal berita juga melaporkan bahawa pihak Nestlé akan menyemak artikel berkenaan sebelum diterbitkan kepada orang ramai agar kaedah kajian yang dijalankan adalah “benar daripada segi saintifik”, seperti tertulis di dalam perjanjian mereka.

Ketua pakar pemakanan PPM, Tee E Siong, juga dilaporkan telah menjadi ahli jawatankuasa untuk 7 persatuan kerajaan dan pernah menjadi pengerusi jawatankuasa pemakanan dan tuntutan kesihatan sehingga tahun 2011.

Menurut laporan juga, pihak PPM telah mempromosikan bijirin Nestlé KoKo Krunch dan Cookie Crisp walaupun kandungan gulanya tinggi, di samping turut menyokong program Kesihatan Kanak-Kanak Nestlé pada tahun 2014.

Matlamatnya adalah untuk mempromosikan sarapan berkhasiat dan senaman kepada seluruh kanak-kanak di Malaysia.

Sungguhpun begitu, Tee juga berkata pihak syarikat pemakanan tidak patut dipersalahkan kerana rakyat Malaysia seharusnya bertanggungjawab di atas pemakanan dan gaya hidup mereka.

Beliau turut berkata, “Kita harus berhenti menyalahkan syarikat pemakanan…rakyat Malaysia sememangnya kuat makan. Mereka tidak bersenam. Tidak perlu pergi ke gimnasium kerana anda boleh sahaja berjalan. Ia percuma. Kurangkan duduk dan lebihkan pergerakan!”.

3. Ketua Pegawai Eksekutif tempatan mengatakan Nestlé memasarkan produk bergula yang didakwa sihat

Pada 25 Januari, seorang rakyat Malaysia bernama Vishen Lakhiani, yang juga pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Mindvalley, memuat naik sebuah video bertujuan untuk menyedarkan orang ramai.


Pada viedo yang tular tersebut, beliau menyentuh artikel New York Times dan mengatakan Nestlé telah memasarkan produk bergula yang didakwa sihat.

Beliau turut menyatakan Milo sebagai contoh, dan menjelaskan bahawa seseorang itu harus meminum dua hingga tiga gelas minuman malt bagi membantu meningkatkan prestasi dalam bidang sukan.

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa 4% Milo terdiri daripada gula tulen! Apa yang paling menakutkan adalah, menurut video itu, “Nestlé membayar ratusan dan ribuan wang kepada pihak kerajaan untuk memberi nasihat pemakanan. Hasilnya, bijirin Honey Stars, iaitu bijirin yang mengandungi paling banyak gula telah mendapat pelekat merah daripada badan kesihatan Malaysia – menandakan bahawa ianya berkhasiat. “Syarikat makanan tidak bermatlamat untuk membuat anda berasa lebih sihat. Mereka terinspirasi untuk membuat anda sakit dengan mengisi badan anda dengan gula kerana gula menjadikan anda lapar. Jadi anda membeli lebih banyak produk mereka”.

Setelah video berkenaan tular, pihak Nestlé baru-baru ini mengeluarkan kenyataan.


4. Kenyataan balas Nestlé Malaysia 

Menurut The Star, Nestlé Malaysia mengeluarkan kenyataan pada 30 Januari lalu, mengatakan bahawa video tular tersebut memberikan maklumat yang salah.

Pihaknya mendakwa bahawa sebanyak 50% kandungan gula pada Milo terdiri daripada susu dan malt. Menurut mereka, “Kami mengekalkan kandungan gula yang minima – hanya 6gm gula untuk setiap 200ml hidangan, iaitu bersamaan dengan satu sudu teh. Ia bertujuan untuk mengekalkan rasa yang digemari oleh rakyat Malaysia.  

“Kami bertanggungjawab untuk menghasilkan produk yang sedap dan bernutrisi tinggi”.

Mereka juga menegaskan bahawa Milo dihasilkan daripada susu, malt (barli) dan serbuk koko serta mengandungi pelbagai vitamin dan mineral seperti B2, B3, B6 dan C – berkhasiat untuk pengambilan secara harian. Walau bagaimanapun, kenyataan ini tidak mengganggu Lakhiani, yang telah memberikan respon terhadap  kenyataan Nestlé Malaysia.

5. Lakhiani mengkritik kenyataan Nestlé’s dalam sebuah lagi video


Sebaik sahaja Nestlé Malaysia mengeluarkan kenyataan, sekali lagi Lakhiani memberikan kenyataan balas dengan memuat naik video di laman Facebook pada 2 Februari.

Menurut beliau, “Jadi, kenyataan Nestlé menjelaskan bahawa mereka menambah 6 gram gula pada satu gelas Milo. Itu adalah tidak benar kerana jika kita lihat pada tin belakang (yang dijual di Malaysia), arahan membancuhnya menyarankan agar 3 sudu teh Milo digunakan (bersamaan dengan 9 gram gula)”.

Beliau kemudian mengatakan bahawa 9 gram gula bersamaan dengan 3 gula-gula Bon Bon Nestlé.

Sumber : erabaru

No comments:

Post a Comment