info-info menarik !

Breaking

Wednesday, February 7, 2018

Ingin Makan Cendawan? Anda boleh cuba spesies fungus unik ini!


Siapa yang tidak suka makan cendawan kecuali bagi mereka yang mengalami alahan. Dan siapa yang tidak suka tidur dengan memeluk atau menghidu sesuatu kecuali bagi mereka yang tidak suka tidur dengan konsep itu.

Apakah persamaan cendawan dengan tidur berkonsepkan tema memeluk dan  menghidu ini? Jawapannya ada persamaan, tetapi hanya bagi mereka yang tidak tahu menjaga kebersihan.

Mungkin ada di antara anda yang mempunyai satu benda berharga di sisi ketika tidur yang dipanggil ‘bantal busuk’.

Elemen terpenting bagi bantal busuk ialah aromanya yang memikat untuk melenakan tidur si pemiliknya.

Apabila bantal busuk dibasuh, aroma dan perasaan merasainya akan menjadi berlainan. Jadi untuk mengekalkan keaslian bantal busuk, tindakan membasuh sebolehnya akan dielakkan.

Tapi tahukah anda, apa yang akan terjadi dan kesannya apabila satu bantal busuk itu tidak pernah dibasuh seumur hidup?

Jadi, dibawah disertakan dua foto untuk anda membezakan yang mana satu nasi pattaya dan bantal busuk…


Ini adalah contoh foto sebenar sepiring nasi pattaya untuk membuat perbandingan. Bayangkan anda meletakkan sos mayonis di atasnya. Mohon maaf sekiranya selera makan anda telah dipatahkan.


Menurut sumber daripada  seorang netizen di Facebook ini, gambar bantal busuk yang paling unik dan luar biasa ini telah dimuat naik pada 31 Januari 2018, dan dengan segera telah mendapat perhatian netizen tempatan, yang menyatakan perasaan tidak percaya apabila melihat bantal busuk yang telah ditumbuhi fungus ini.

Siapa sahaja yang boleh membayangkan ia boleh terjadi sehingga begitu melampau sekali?



Ada netizen yang tidak mempercayainya sehingga menyatakan ia adalah hasil kerja ‘photoshop’ dan bantal busuk bercendawan ini hanyalah palsu. 

Tetapi setelah diteliti dengan sepenuhnya dengan melihat kesan tompokan-tompokan putih hasil tindakbalas cecair, udara dan kimia lalu telah menggalakkan pertumbuhan kulat di atas bantal busuk itu, ia satu bukti yang boleh dipercayai. Bunyi yang agak meloyakan.

Setelah melihat cendawan yang tumbuh di atas bantal busuk ini, ada netizen yang telah membuat lawak dengan mengatakan pemiliknya boleh membuat sup cendawan percuma, atau nasi goreng cendawan selepas bangun dari tidur.



Ada pula yang menyindir, ini adalah cara moden menanam cendawan, di mana cendawan boleh dipetik ketika sedang berbaring. Dan penggemar cendawan tidak perlu lagi bersusah payah menanam cendawan kerana bantal busuk sudah boleh mengeluarkan cendawan sendiri.

Setelah melihat cendawan bantal busuk ini, apa pendapat anda selepas ini tentang hidangan cendawan goreng atau sup cendawan? Kongsikan bersama…

Sumber : World of Buzz

No comments:

Post a Comment