info-info menarik !

Breaking

Thursday, February 8, 2018

Guru perlu diberi kuasa merotan pelajar bermasalah


Masalah disiplin di kalangan pelajar memang semakin meruncingkan, dilaporkan pada tahun lalu terdapat sebanyak 442 pelajar di seluruh negara telah dibuang sekolah kerana didapati terlibat dengan pelbagai masalah disiplin.

Kegiatan gengsterisme antara masalah yang paling banyak berlaku di sekolah, mengatasi gejala panyalahgunaan dadah, buli dan ponteng.

Sehubungan itu, kerajaan digesa untuk menambahbaik pelaksanaan hukum rotan kepada pelajar sebagai peratusan bagi menangani masalah tingkah laku dan disiplin pelajar.

Ahli Parlimen Belia Perak, Nanthakumar Rajendraran berkata, peraturan hukuman rotan memang telah dikuatkuasa tahun lalu. Tetapi, kuasa itu hanya terhad kepada pengetua, guru besar dan guru hal ehwal murid sahaja.

Beliau berkata, sementara guru lain yang tidak mempunyai kuasa untuk hukuman rotan pelajar yang bermasalah dan tidak berdiplin hanya mampu berputih mata sehingga ada antara guru yang dihadapkan ke mahkamah walaupun berniat untuk membentuk pelajarnya.

“Masalah displin pelajar-pelajar kita semakin meruncing, sebut sahaja, macam-macam jenis kesalahan termasuk jenayah dadah sehingga buli yang mendatangkan maut. Ini tidak boleh pandang secara ringan dan statistik terkini sangat menggangu fikiran.

“Walaupun hukuman rotan telah dibawa masuk tahun lalu, namun kuasanya masih lagi terhad. Hampir lima juta pelajar telah mulakan sesi persekolahan untuk 2018, bilangan ini bukan satu angka kecil yang boleh dikawal oleh guru-guru kita.

“Kerajaan perlu memberi kuasa kepada guru-guru kita merotan seandainya ada keperluan, bukan sahaja membentuk pelajar kita, tidak kira dalam peringkat rendah atau menengah, tetapi mereka juga akan memainkan peranan penting dalam mengekang masalah displin yang kini menghantui kita,” katanya.

Sementara itu, Then Mugilan wakil dari Johor turut bersetuju dengan cadangan mengenai hukuman rotan kepada pelajar terbabit. Katanya, ia adalah salah satu cara yang boleh dilakukan untuk memberi kesedaran dan mendisplinkan pelajar.

“Rata-rata pelajar kita berani melakukan kesalahan kerana mereka sedar guru tidak mempunyai kuasa untuk menghukum mereka, ini menyebabkan mereka menjadi lebih berani untuk melakukan perkara-perkara luar dugaan dan kesalahan jenayah.

“Hukuman merotan yang dilaksanakan terhadap pelajar perlu mengikut keadaan semasa, bersyarat dan wajar tanpa mengakibatkan sebarang kecacatan fizikal. Ia perlu dikuatkuasan secara holistik,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment