info-info menarik !

Breaking

Tuesday, February 6, 2018

Fenomena Super Blue Blood Moon dan ketiadaan hujan menyebabkan laluan air terkenal Venice kering-kontang!


Tahukah anda laluan air yang terkenal di Venice? Laluan ini seringkali menjadi tempat yang dikunjungi oleh pasangan untuk menikmati suasana yang romantis. Malah, lokasi ini juga sering dijadikan sebagai lokasi penggambaran babak-babak cinta.


Akan tetapi baru-baru ini, satu perkara mengejutkan telah berlaku kepada laluan air terkenal ini. Ia kelihatan kering-kontang dipercayai berpunca daripada fenomena gerhana bulan Super Blue Blood Moon.



Gambar yang diambil sekitar awal minggu lalu menunjukkan keadaan sebenar laluan berkenaan yang sudah mengering dengan bot-bot kecil yang terdampar di dasarnya.

Dikatakan sudah tiga tahun berturut-turut kejadian aneh lagi luar biasa ini berlaku di Venice.

Dua tahun lalu, paras air dilaporkan menurun sebanyak 28 inci di bawah paras normal sekali gus menjejaskan pengangkutan air atau teksi air pada hari berkenaan.



Selain masalah pengeringan air, bandar ini turut dilanda banjir beberapa kali dalam tempoh setahun.

Apabila berlakunya fenomena air pasang, bandar ini akan ditenggelami banjir dan menyebabkan ramai penduduk terpaksa menggunakan but getah serta laluan jalan yang lebih tinggi bagi mengelakkan banjir.



Sejak tahun 1951, populasi penduduk Venice dilaporkan menurun daripada 175,000 orang kepada sekitar 55,000 orang penduduk sahaja.

Terdapat tiga faktor yang dipercayai menjadi punca kepada penurunan populasi penduduk Venice secara mendadak:

Peningkatan harga yang disebabkan oleh kepesatan aktiviti pelancongan
Kemusnahan bangunan akibat kejadian banjir
Usaha pihak berkuasa dalam menjadikan Venice sebagai bandar tanpa kereta



Sumber : dailymail

No comments:

Post a Comment