info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Monday, February 19, 2018

Fakta sebenar tentang kehadiran Diplomat Israel ke Malaysia

Baru-baru ini, kemasukan diplomat Israel secara rasmi ke Malaysia telah mendapat perhatian rakyat Malaysia khususnya umat Islam. Ramai netizen yang telah mempersoalkan mengapa kerajaan Malaysia membenarkan diplomat Israel itu untuk masuk ke negara ini.
Kebencian rakyat Malaysia khususnya umat Islam terhadap Israel memang tidak dapat dinafikan lagi apabila negara itu telah melakukan serangan kemusnahan terhadap negara-negara Islam seperti Palestin.
Selain itu, sebagai tanda kemarahan dan kebencian rakyat Malaysia terhadap Israel, rakyat Malaysia juga telah mengkritik dan menolak sekeras-kerasnya keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Sebelum ini, polisi kerajaan Malaysia juga telah menyebabkan 2 orang atlet Israel yang sepatutnya bertanding Kejohanan Layar Belia Dunia (YWC) pada tahun 2015 di Taman Lagenda Langkawi telah menarik diri.
Namun begitu, mengapa negara Malaysia boleh membenarkan kehadiran diplomat yang diketuai oleh bekas timbalan duta negara Israel, David Roet itu ke Malaysia?
Ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu fakta sebenar kehadiran diplomat Israel terus mengkritik kerajaan tanpa menyelidik dahulu perkara sebenar. Seorang netizen di laman Facebook yang dikenali sebagai Anwar Azwan telah tampil menjelaskan fakta sebenar mengenai kehadiran diplomat Israel terbabit.
Sempena hari cuti ini, saya nak ulas sedikit mengenai isu Diplomat Israel datang ke malaysia.
Saya dengar ada cerita ‘Diplomat Israel jejak kaki kali pertama di Malaysia’ tengah tular.
Yang fakta: Diplomat Israel menyertai Forum Bandar Sedunia (World Urban Forum atau WUF) di KL sebagai sebahagian daripada delegasi UN-Habitat. Saya pun ada hadir untuk program ini.
Yang auta dan ditokok tambah menjadi headline: Kerajaan menjalin hubungan dengan rejim haram Zionis, kerajaan nak iktiraf Israel, kerajaan jual negara ke Zionis laknatullah.
Sebelum nak sembang, kena bezakan antara diplomasi dua hala (bilateral diplomacy) dan diplomasi pelbagai hala (multilateral diplomacy).
Diplomasi dua hala ni melibatkan dua negara saja.
Hubungan Malaysia-US, hubungan Malaysia-China, hubungan Malaysia-Jepun ni semua dua hala. Hok ni terserah kepada negara masing-masing untuk menjalin hubungan atau tidak dengan sesebuah negara. (Ada lah belajar sikit pengajian am dulu-dulu.
Diplomasi pelbagai hala ni pula melibatkan banyak negara atas satu platform.
Contohnya macam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations), Pertubuhan Perdagangan Dunia (World Trade Organization), Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), G20, G7, BRICS (Brazil, Russia, India, China, South Africa), Pertubuhan Kerjasama Islam (“Organization of Islamic Cooperation” atau OIC) dan banyak lagi.
Hok ni, negara perlu ikut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pertubuhan. Kalau sesebuah negara nak buat sesuatu, perlu mendapat persetujuan dari semua ahli.

Perjumpaan WUF di KL ni sebenarnya dianjurkan oleh Program Penempatan Manusia UN (UN Human Settlements Programme) atau UN-Habitat.
Malaysia hanya bertindak sebagai pemudahcara untuk menunjukkan komitmen Malaysia terhadap UN. Yang baru-baru ni banyak negara pakat kutuk Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel tu, melalui UN lah.
Kenapa diplomat Israel bernama David Roet dibenarkan masuk Malaysia walaupun Malaysia dan Israel tidak mempunyai hubungan?
Kerana mamat Roet ni bernaung di bawah UN-Habitat sebagai wakil Israel. Dia memasuki Malaysia atas kapasiti diplomat UN-Habitat, bukan sebagai diplomat Israel. Ada beza tu. Macam masa Luis Suarez bermain untuk FC Barcelona, orang tak pandang dia sebagai pemain Uruguay. Dia bermain untuk kelab Sepanyol pada masa tu.
Di peringkat dua hala, pendirian Malaysia jelas dan muktamad, Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan Israel sejak tahun 1965 selepas Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan persona non grata ke atas wakil perdagangan Israel, Moshe Yegar.
Cuma, tiada undang-undang yang mengatakan orang Israel tidak boleh menjejaki negara kita. Kalau tidak, tak jadilah Tun M menjemput 14 pelajar Israel dan pasukan kriket Israel ke Malaysia pada tahun 1997.
Tapi di peringkat pelbagai hala, Malaysia tidak boleh menghalang kemasukan diplomat yang mewakili pertubuhan antarabangsa di mana Malaysia merupakan ahlinya.
Diplomat UN ni memiliki pasport diplomatik yang dikenali sebagai ‘Laissez Passer’ (bermaksud ‘Let him pass’ dalam Bahasa Perancis). Menurut Konvensyen Kekebalan dan Keistimewaan Pegawai-Pegawai UN (Convention on the Privileges and Immunities of the United Nations) yang dipersetujui oleh Malaysia, kerajaan tak boleh menghalang kemasukan pegawai UN. Dan perkara sama termaktub dalam Akta Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) Tahun 1992.
Adakah kita boleh bantah kemasukan pegawai UN yang merupakan warganegara Israel? Boleh tapi leceh. Ia melibatkan kajian semula ke atas undang-undang UN dan undang-undang yang sedia ada seperti Akta Organisasi Antarabangsa di atas.
WUF ni bukan perjumpaan high-level antara pemimpin pun. Ia lebih kepada perjumpaan golongan profesional daripada pertubuhan antarabangsa mengenai isu perbandaran. Ia bukan pasal Israel atau agenda Israel.
Media kita pula pergi memetik sumber seperti The Times of Israel yang kata kononnya Israel memandang berat tentang kehadiran diplomat Roet dengan harapan ia dapat memperbaiki hubungan Israel-Malaysia. Yang korang dah tahu Yahudi tu lidah bercabang korang nak percaya buat apa? Dia orang pun pandai main persepsi lah untuk menjayakan agenda mereka.
Jadi tak perlu nak mempolemikkan isu dan melibatkan nama pemimpin negara. Atau acah-acah pandai nak kaitkan nilai dagangan Israel-Malaysia dengan insiden ini untuk membuat fitnah “Malaysia nak menjalin hubungan dengan Israel”.
Jelas segala penerangan yang diberikan oleh Anwar Azwan kan? David Roet dibenarkan masuk ke Malaysia kerana diplomat Israel itu telah bernaung di bawah UN-Habitat dan masuk ke Malaysia sebagai kapasiti diplomat UN-Habitat bukan sebagai diplomat Israel.
Janganlah rakyat Malaysia tidak tahu tentang fakta sebenar terus mengkritik kerajaan kerana terpengaruh dengan berita palsu yang disampaikan pihak yang tidak bertanggungjawab.
Apapun, memang patut undang-undang penyebaran berita palsu diwujudkan. Penyebaran berita palsu seperti ini boleh mengancam keharmonian negara jika tidak dibendung. –utaranews

No comments:

Post a Comment