info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Wednesday, February 7, 2018

Ditangkap Ketika Berdengkur Dalam Kereta Yang Ingin Dicuri!


Baru semalam kita dengar kisah seorang lelaki pencuri yang langsung tidak malu mengaku kereta orang lain sebagai kenderaan miliknya sendiri dan tidak takut jika gambarnya diambil, hari ini ada lagi kisah individu yang cuba mencuri kenderaan orang lain. Pun begitu, perkara yang tidak disangka-sangka berlaku kepada inidvidu tersebut.

Menurut Harian Metro, seorang lelaki terlena di dalam kereta yang cuba untuk dilarikan gara-gara lalok selepas mengambil dadah. Kejadian tersebut dikatakan telah berlaku di Jalan Kek Wa, Segamat semalam.



Dalam kejadian jam 5 pagi tersebut, seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun dikatakan mula memecah masuk ke dalam Proton Saga yang ingin dicuri dan menghidupkan enjin kereta berkenaan. Lelaki itu kemudian menghidupkan penghawa dingin kereta sebelum tertidur sejurus selepas itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superitenden Raub Selamat, kejadian terbabit disedari sendiri oleh pemilik kereta itu yang berusia 29 tahun. Pemilik kenderaan berkenaan membuat keputusan untuk menghubungi pihak polis dengan segera setelah menyedari perkara tersebut.

“Suspek tertidur di tempat duduk pemandu dan berdengkur kuat. Suspek terkejut apabila pemilik kereta menghampiri dan pada mulanya cuba membuka pintu kereta untuk melarikan diri tetapi akibat panik, pintu kereta itu tersekat dan suspek terkunci dalam kereta,” kata Ketua Polis Daerah Segamat, Superitenden Raub Selamat.



“Pihak polis tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian, berjaya menahan suspek. Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif Methaphetamine,” kata Raub lagi.

Hasil siasatan lanjut, pihak polis turut menahan tiga orang lelaki warga Indonesia berusia 23 hingga 30 tahun yang sedang menunggu suspek pertama dalam sebuah kereta berhampiran lokasi kejadian.

Lelaki yang terlena tersebut kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi menjalankan siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 379A/511 kerana cubaan mencuri kenderaan.

Boleh pulak tertidur haha! Takpe, senang kerja polis ye dak?

Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment