info-info menarik !

Breaking

Saturday, February 3, 2018

Diblock kononnya guna gambar Johan raja lawak, padahal "kembar"!



Ketika usia sedang meningkat tua, setiap lelaki mahupun perempuan pastinya mempunyai impian untuk mendirikan rumah tangga. Namun bagi mereka yang masih tidak mempunyai kekasih, ada memilih cara untuk mencari teman hidup di laman sosial atau laman cari jodoh muslim yang menawarkan khidmat matchmaker terbaik buat mereka yang masih bujang.

Pun begitu, niat seorang lelaki untuk mencari seorang isteri tergendala apabila sebuah laman cari jodoh telah menyekat keahliannya gara-gara menyangka lelaki tersebut sebagai artis terkenal. Alamak! Menerusi perkongsian pengguna Twitter bernama Zaid Izzudin, dia telah memuat naik kisah malang rakannya yang mempunyai rupa seperti Johan Raja Lawak.



Semuanya bermula apabila rakan Zaid, Syaffiq Tatam telah cuba mendaftar keahliannya di sebuah laman mencari jodoh. Pun begitu, setelah pihak laman tersebut memeriksa akaunnya, mereka telah menyekat Syaffiq buat SELAMANYA kerana mendakwa lelaki berkenaan menggunakan gambar artis dan melanggar peraturan laman cari jodoh tersebut.

Yang masalahnya akaun aku telah disekat sebab kononnya aku gunakan gambar artis. Dan aku dah banyak kali bagitahu yang gambar tu gambar aku. Hadoiii… Yang ini last emel yang dia orang bagi kat aku sebelum akaun aku telah disekat. Hadoi!” tulisnya di Facebook.



Berikut rupa Syaffiq yang digembar-gemburkan serupa seperti Johan Raja Lawak. Eh sama ke?? Hampir 100% sama ni!



Malah untuk membuktikan bahawa Syaffiq bukanlah Johan seperti dituduh laman cari jodoh tersebut, Zaid telah memuat naik gambar sahabatnya bersama pelawak itu sendiri.



Perkongsian daripada Zaid ini telah menarik perhatian netizen sehingga entri tersebut telah mendapat 1,900 likes dan 6,000 retweet. Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib Syaffiq dan mengakui mereka juga tidak dapat membezakan sama ada Syaffiq benar-benar Johan ataupun tidak dengan hanya melihat gambarnya.






Perkongsian daripada Zaid ini telah menarik perhatian netizen sehingga entri tersebut telah mendapat 1,900 likes dan 6,000 retweet. Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib Syaffiq dan mengakui mereka juga tidak dapat membezakan sama ada Syaffiq benar-benar Johan ataupun tidak dengan hanya melihat gambarnya.




Walau apapun, diharapkan Syaffiq bertemu dengan jodoh yang dicari-carinya. Tak perlu masuk laman cari jodoh pun tak apa. Gerenti ramai yang sudah mengenali Syaffiq selepas wajahnya tular di Twitter tempoh hari.

All the best dalam mencari jodoh!

Sumber : Syaffiq TaTam via lobakmerah

No comments:

Post a Comment