info-info menarik !

Breaking

Sunday, February 11, 2018

Dera amah sampai mati, dua beradik ditahan!


PEMBANTU rumah warga Indonesia yang disyaki didera majikannya sebelum diselamatkan polis semalam, meninggal dunia petang ini.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Adelina, 21, disahkan meninggal dunia pada jam 4.30 petang ketika menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid mengesahkan perkara itu dan pihaknya sudah menahan dua beradik yang juga suspek berusia 36 dan 39 tahun bagi tujuan siasatan.

“Polis masih menunggu laporan bedah siasat mangsa bagi tindakan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya memetik BH Online.

Nik RosAzhan berkata, pemeriksaan ke atas mangsa juga mendapati kesan lebam pada kepala dan muka, kecederaan luka bernanah pada tangan dan kedua-dua belah kaki.

Wanita yang sudah dua tahun bekerja di negara ini sebelum ini dirawat di Hospital Bukit Mertajam susulan kecederaannya yang agak serius.

Kedua-dua suspek yang tinggal bersama ibu mereka yang berusia 60 tahun direman selama empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan.

Mayat mangsa  difaham telah dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

No comments:

Post a Comment