Datuk Michelle Yeoh Bawa Langkawi Sehingga Ke ‘Agkasa Lepas’ - maitengok!

info-info menarik !

Breaking

Thursday, February 15, 2018

Datuk Michelle Yeoh Bawa Langkawi Sehingga Ke ‘Agkasa Lepas’


Nampaknya usaha untuk mempromosikan Langkawi sebagai destinasi perlancongan terkenal di Malaysia telah melangkaui sehingga ke tahap ‘angkasa lepas’ apabila dalam salah satu adegen siri televisyen sains fiksyen bertajuk ‘Star Trek: Discovery’ ada menyebut mengenai Langkawi.

Dimana, dalam adegen yang menampilkan pelakon terkenal Hollywood yang lahir di Malaysia iaitu Datuk Michelle Yeoh yang melakonkan watak Kapten Philippa Georgiau secara tiba-tiba menyebut Langkawi sebagai tempat kelahirannya.


Menyebabkan bukan sahaja penduduk di Langkawi sahaja berasa gembira tetapi netizen lain juga turut berasa teruja kerana nama Langkawi dan juga Malaysia menjadi sebutan di dalam televisyen Amerika Syarikat sehinggakan video adegen itu menjadi tular di media sosial.

Malah, Setiausaha Pertubuhan Usahawan Bumiputera Langkawi (USAHABUMI), Ahmad Phisol juga turut merasakan yang meskipun sekejap tetapi itu adalah promosi yang baik dan akan menarik minat orang untuk berkunjung ke pulau itu.

Pasti itu sudah cukup itu membuatkan penonton siri itu berasa tertanya-tanya dan ingin berkunjung ke Langkawi selepas menyaksikan Datuk Michelle Yeoh menyebut mengenai Pulau Langkawi bersama pengesahan yang pulau Langkawi juga mempunyai pantai yang sangat cantik. Saksikan sudutan adegen itu disini.


No comments:

Post a Comment