
Dalam kejadian yang berlaku pada 7 malam itu telah disedari oleh seorang pekerja pasar raya berkenaan yang kemudiannya dapat menahan wanita terbabit yang dipercayai berusia dalam lingkungan 50 tahun ketika berada di pintu keluar dari premis yang menjual pakaian tersebut.
Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisoner Fadil Marsus berkata, ketika sebelum kejadian tersebut berlaku, pekerja terbabit telah menyedari akan kehadiran seorang wanita dalam keadaan yang mencurigakan lalu terus memerhati gerak-gerinya yang selepas itu dilihat telah memasukkan beberapa helai pakaian yang diambil dari premis tersebut lalu diletakkan ke celah pehanya.
Selepas mencuri, pekerja berkenaan berkata, wanita tersebut dengan selamba seolah-olah tiada apa-apa berlaku berjalan keluar dari premis terbabit sebelum suspek ditahan oleh pekerja kedai berkenaan yang kemudiannya mendapati hasil kecurian ada dengannya selepas membuat pemeriksaan.
Menurutnya, mereka mendapati ada sembilan helai jubah yang disorokkan di celah kangkang suspek sebelum suspek diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut dan siasatan.
Sumber : Berita Harian.
No comments:
Post a Comment