
Apa yang lebih menarik adalah, kakitangan ini akan menyamar sebagai pekerja di organisasi berkenaan dan peranannya sebagai ‘mata-mata’ tidak akan disedari oleh rakan sekerja.
Mitchell Modell merupakan pengarah eksekutif bagi sebuah syarikat peruncitan dan beliau telah bertindak untuk menyamar sebagai pekerja baru di salah satu cawangan premisnya. Sementara itu, Angel pula merupakan pekerja lama yang dipertanggungjawabkan untuk membimbing Mitchell.
Pihak perusahaan telah memaklumkan Angel bahawa segala proses latihan bersama Mitchell ini akan dirakamkan untuk dijadikan sebagai dokumentasi syarikat namun apa yang Angel tidak diberitahu adalah ‘pekerja baru’ tersebut merupakan majikannya.
Selain itu, Mitchell turut menyedari beberapa pekerja di bahagian hadapan kedai mempunyai masalah-masalah tertentu. Nampaknya, kaedah penyamaran ini benar-benar berjalan dengan lancar!
Mendengar ‘kisah silam’ Mitchell yang memilukan, Angel terus memberikan kata-kata perangsang kepada Mitchell.
“Meski pun kadangkala awak merasa sedih, tapi jika awak terus memotivasikan diri, awak pasti akan merasa bahagia”.
Setelah itu, Mitchell pula menanyakan mengenai kisah hidup Angel.
Angel menceritakan bahawa dia merupakan bekas pengurus di sebuah restoran tetapi telah diberhentikan kerja semasa mengandungkan anaknya yang ketiga. Setelah itu, mereka sekeluarga tinggal di jalanan.
Hingga detik ini, Angel masih bekerja keras bagi mengubah nasib keluarganya.
Kisah pahit dan getir hidup yang dialami oleh Angel membuatkan Mitchell kaku dan menitiskan air mata.
“Pada saya, semua itu masalah besar. Saya tidak mahu awak merasa sedih atas apa yang saya lalui.”
Selepas sesi latihan bersama Mitchell berakhir, Angel telah menerima satu surat panggilan yang memintanya untuk bertemu dengan pengarah eksekutif.
“Saya sangat sedih jika gaji yang saya berikan tidak mencukupi untuk awak memiliki rumah. Namun, disebabkan oleh prestasi dan pandangan hidup anda, saya memutuskan untuk menambah gaji anda menjadi RM57,000,” jelas Mitchell.
Bukan itu sahaja. Mitchell tidak hanya menaikkan kadar gaji Angel tetapi dia juga memutuskan untuk memberikannya sekeping cek bebas cukai yang membolehkan Angel dan ketiga-tiga anaknya tidak perlu untuk tinggal di rumah perlindungan lagi.
Cek yang bernilai RM1.02 juta itu membuatkan Angel sangat terkejut dan hampir pengsan! Angel turut dinaikkan pangkatnya menjadi pembantu pengurus.
Alangkah bagusnya jika semua majikan di dunia ini mempunyai hati yang baik seperti Mitchell. Kesanggupan beliau untuk turun padang bagi memahami keadaan pekerja di bawah penyeliaannya sememangnya satu perkara yang amat mengagumkan.
Lihat video penuh mengenai kisah ini di bawah.
Sumber: Goodtimes via Era Baru
No comments:
Post a Comment