Bomohkan Bekas Suami Selepas Kantoi Curang - Fatin Afeefa - maitengok!

info-info menarik !

Breaking

Wednesday, February 14, 2018

Bomohkan Bekas Suami Selepas Kantoi Curang - Fatin Afeefa


Tidak semua rumahtangga mempunyai pengakhiran yang baik selepas bercerai. Seperti yang terjadi pada pelakon ‘Juvana’, Adam dimana pergolakan rumah tangganya bersama bekas isteri, Fatin Afeefa menjadi semakin hangat.

Pergolakan rumahtangga mereka seolah-olah tiada penghujungnya apabila satu per satu pendedahan dilakukan seperti baru-baru ini, Fatin telah membuat laporan polis mendakwa Adam menganggu hidupnya.

Namun, berbeza pula pada Adam yang menerusi status di Twitternya, Adam mengatakan laporan polis yang dibuat oleh bekas isterinya itu sebagai kelakar kerana bekas isterinya itu tidak berhenti ingin merosakkan hidupnya.


Menerusi Twitternya juga, Adam telah membuat beberapa pendedahan mengatakan yang dia telah dibomohkan oleh bekas isterinya yang cuba memperbodohkannya selepas rahsia kecurangannya terbongkar.


Malah, Adam juga mengakui yang dia mempunyai segala bukti mengenai kecurangan Fatin jadi Fatin tidak perlu berpura-pura seperti dia itu adalah mangsa keadaan.




Selain mendedahkan mengenai perkara itu, Adam juga turut membuat pengesahan mengenai status sebenar anaknya, Adam Aisy Arrian.


Yang mana, Adam itu bukanlah anak kandungnya kerana tidak ber’bin’kan namanya dan anak kandungnya hanyalah Ivy Herra Sophia sahaja. Sebelum ini, Fatin ada mengtakan yang keretakan rumahtangganya adalah disebabkan oleh pengaruh rakan tetapi kini nampaknya sudah lain pula.


Sebelum itu juga Fatin pernah dihimpit kontroversi apabila gambarnya bercium dengan soerang jejaka misteri di Instagram tetapi Fatin menafikan dakwaan itu. Apapun cerita disebaliknya, harap isu inis selesai dibelakang takbir sahaja, supaya aib kedua-dua pihak dapat dijaga.

No comments:

Post a Comment