Berang ditegur, lelaki tanduk polis trafik di dada! - maitengok!

info-info menarik !

Breaking

Saturday, February 10, 2018

Berang ditegur, lelaki tanduk polis trafik di dada!


Seorang anggota Unit Trafik Polis Jakarta Timur ditanduk di bahagian dada oleh seorang pengguna jalan raya yang berang.

Insiden itu berlaku pada Selasa lalu di sebatang jalan penuh sesak di Jakarta Pusat.

Ia menjadi tular di media sosial dan rata-rata netizen menganggap serangan ke atas Inspektor Maralum Rumahobo itu mengulangi insiden bintang Perancis, Zinedine Zidane yang menanduk dada pertahanan Itali, Marco Materazzi semasa final Piala Dunia 2006.

“Kejadian itu berlaku di persimpangan Jalan Matraman Raya. Pegawai saya menegur pemuda itu kerana melakukan kesalahan lalu lintas.

“Selepas ditegur, pemuda itu naik berang dan mengancam mahu memukul Inspektor Maralum.

“Sebolehnya kami mahu menangani situasi itu dalam suasana harmoni…tapi pegawai saya pula ditanduk,” kata Pengarah Trafik Metro Jakarta, Asisten Komisioner Sutimin hari ini.

Tambah Sutimin, pihaknya kini giat mengesan pemuda terbabit dan dia bakal didenda kerana melakukan kesalahan trafik dan bertindak kasar ke atas penjawat awam. – 

Sumber : Tribunnews via sinarharian

No comments:

Post a Comment