Bapa Mahu Kahwin Dengan Anak Kandung - maitengok!

info-info menarik !

Breaking

Monday, February 5, 2018

Bapa Mahu Kahwin Dengan Anak Kandung


SEORANG lelaki telah meninggalkan isterinya semata-mata untuk berkahwin dengan anak kandungnya yang berusia 20 tahun, yang telah diserahkan kepada keluarga angkat ketika masih bayi.

Lelaki itu, Steven Walter Pladl, 42, juga mempunyai seorang bayi hasil sumbang mahram dengan anaknya, Katie Rose Pladl.

Susulan perbuatan terkutuk itu, Steven telah ditangkap di rumahnya di North Carolina, selepas bekas isterinya memaklumkan mengenai kejadian tersebut kepada polis.

Menurut polis, selepas Katie berusia 18 tahun, dia telah menggunakan media sosial untuk mengesan ibu bapa kandungnya. Pada Ogos 2016, Katie menetap bersama ibu bapa kandungnya itu dan dua adiknya yang lain di rumah mereka di Virginia.

Steven dan isterinya kemudian bercerai tiga bulan kemudian.

Wanita itu hanya mengetahui bahawa Katie mengandung dan Steven adalah bapa kepada bayi tersebut pada bulan Mei 2017, selepas membaca diari salah seorang daripada dua anaknya yang lain.

Selepas mendapat tahu mengenai kehamilan terbabit, dia menghubungi Steven dan bertanya mengenainya. Steven mengaku bahawa bayi itu adalah anaknya dan dia merancang untuk berkahwin dengan Katie.

Malah Katie telah memuatnaik gambar dalam Instagram pada Julai tahun lepas bahawa dia telah `berkahwin’ dengan Steven meskipun undang-undang mengharamkan perkahwinan tersebut.

Pada Mei 2017, Katie dan Steven berpindah ke North Carolina. Kedua-duanya telah didakwa atas tuduhan sumbang mahram dan masing-masing dikenakan ikat jamin $1 juta. Steven telah membayar wang jaminan namun Katie masih lagi dalam lokap.

No comments:

Post a Comment