Anak mati kesejukan di luar rumah selepas bapa tertidur! - maitengok!

info-info menarik !

Breaking

Saturday, February 10, 2018

Anak mati kesejukan di luar rumah selepas bapa tertidur!


Seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati akibat kesejukan di luar rumahnya selepas bapanya dikatakan tertidur di bandar Akron di sini baru-baru ini.

Wynter Parker yang berusia dua tahun ditemui hampir beku oleh ibunya ketika wanita itu pulang ke rumah selepas keluar hampir dua jam.

Ketika kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, suhu di kawasan berkenaan antara -11 hingga -7 darjah Celsius, lapor portal berita Ohio.com.

Ibu kanak-kanak tersebut segera menghubungi paramedik dengan mengatakan anaknya tidak bergerak serta melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) sebelum pasukan kecemasan tiba dan bergegas membawa mangsa ke hospital.

Pegawai penyiasat memberitahu, ibu Parker meninggalkan kanak-kanak perempuan itu bersama suaminya dan abang kanak-kanak itu yang berusia empat tahun.

Katanya, bapa mangsa yang bekerja shif malam dipercayai tertidur ketika kejadian dan tidak menyedari anak perempuannya bermain di luar rumah.

Sumber : kosmo

No comments:

Post a Comment