info-info menarik !

Breaking

Sunday, February 4, 2018

Anak Kembar Dituduh Cium Mulut, Sajat Berang!


NIAT untuk menunjukkan keakraban kedua-dua anak kembarnya mencetuskan isu pula kerana gambar yang dimuat naik usahawan kosmetik Nur Sajat Kamaruzzaman di Instagram itu dikecam hebat para netizen.

Terlalu ramai yang mengutuk gambar tersebut, sehinggakan walaupun ruangan komen pada entri berkenaan ditutup, namun gambar tersebut tular di Facebook pada Ahad.

Dengan kapsyen ‘Kasih yang ku berikan membuahkan hasil sebuah ikatan keluarga’, anak angkat lelaki Sajat, Syahmi dan anak angkat perempuannya, Syaza dikatakan bercium mulut oleh netizen.

Tidak habis di situ, ada yang mengatakan Sajat tidak memberikan didikan yang baik kepada kedua-dua anaknya itu kerana mendedahkan kanak-kanak itu dengan perkara terkutuk.

“Walaupun adik-beradik, tak boleh cium macam tu. Dikhuatiri berlaku sumbang mahram. Walaupun masih kecil, jika jadi kebiasaan… jadi lain pula dah besar nanti,” kata seorang netizen.

Bagaimanapun, Sajat kemudian mengemaskini keterangan gambar tersebut pada Ahad bagi memberi penjelasan kepada netizen yang mengecamnya.

“Ini gambar Syahmi cium pipi, bukan cium mulut. Tengok betul-betul, Syahmi cium adiknya kat pipi, bukan cium mulut.

“Kadang-kadang yang komen tu semua nak menyakitkan hati orang. Lagipun Syaza dan Syahmi baru 2 tahun,” tulisnya di kapsyen

Sajat juga menyuruh netizen zoom terhadap gambar tersebut untuk melihat dengan lebih jelas.

“Kalau tak nampak sangat, pergi ‘zoom’ luas-luas kat mana Syahmi cium. Di pipi, bukan mulut!,” tegas Sajat kepada mereka yang berani mengutuk anak-anak angkatnya itu.

No comments:

Post a Comment