info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Monday, January 1, 2018

‘Zip Di Punggung’ - Rekaan terbaru yang pelik semakin trending!


Adakah anda sanggup membeli rekaan seluar yang berzipkan di bahagian punggung?

Keluaran terbaru Vetements ini telah menarik perhatian ramai dengan netizen menyifatkan sebagai tidak masuk akal untuk memakai seluar jean yang boleh dibuka zip di bahagian belakang.

Dunia fesyen hari ini berada di luar jangkaan. Setiap masa ada sahaja perkara baharu, ada kalanya langsung tak kena dengan pemakaian normal diperkenalkan atas nama fesyen.

Terbaru, sebuah jenama fesyen terkenal di Perancis, Vetements tampil dengan fesyen seluar jeans yang bukan sahaja mahal mencapai harga AS$1,500 (RM6,600) tetapi rekaannya pelik dan tidak masuk akal.

Netizen berpendapat daripada membuka zip di punggung, lebih baik tidak pakai seluar langsung dan ada yang menyifatkan rekaan tersebut sebagai hodoh.

Tidak kurang juga ada yang menganggap rekaan terbaru itu sebagai tidak beretika dan memalukan walaupun ia dipakai oleh selebriti termasuk pelakon Sarah Snyde.

Pelik kerana seluar jeans keluaran terbaru ini mempunyai zip di bahagian punggung, sekali gus memberikan pengguna pilihan untuk mendedahkan aset jika mereka mahu.

Pilihan menunjuk bahagian punggung? Atau untuk memudahkan bagi melakukan aktiviti tidak bermoral?

Mungkin terlalu kreatif sehingga tidak fikir sensitiviti atau moral, rekaan Vetements bagaimanapun dikritik pengguna selepas mempromosi rekaan tersebut di laman sosial.

Menggelarkan ia sebagai rekaan paling bodoh dan hodoh, pengguna akui ia fesyen melampau walaupun digayakan oleh artis terkenal seperti Sarah Snyde.

Laman Instagram Vetements dipenuhi persoalan jika rekaan itu benar dan bukan lawak April Fool yang terlewat.

Dalam pada itu, perekanya, Demna Gvasalia pula menyifatkan jeans itu sebagai rekaan masa kini, berkata harga yang mahal dikenakan termasuk bagi logo syarikat yang bernilai RM1,000, petik Daily Mail.



Vetements, yang diketuai oleh pereka Demna Gvasalia terkenal kerana mengenakan harga yang mahal walaupun untuk pakaian yang ringkas.

Ia termasuk kemeja-t ringkas yang mempunyai logo syarikat, telah dijual pada harga RM1,000.

Sumber: Mynewshub

No comments:

Post a Comment