info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Monday, January 8, 2018

Wanita menari seksi cemari majlis ilmu?


Adab merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. Hal ini perlu dititikberatkan termasuklah oleh penganjur yang ingin menganjurkan sesuatu majlis. Setiap aktiviti yang diselitkan perlulah kena dengan majlis dan sensitiviti agama peserta yang menghadiri.

Baru-baru ini, sebuah majlis untuk sesi menuntut ilmu diselar netizen kerana telah dicemari dengan tarian tidak senonoh yang dilakukan oleh beberapa orang wanita berpakaian seksi.



Majlis tersebut merupakan mesyuarat antara peserta kumpulan tertinggi organisasi yang telah diadakan di Bangkok, Thailand. Program tersebut telah dihadiri oleh beberapa ahli perniagaan dan beberapa individu lain yang dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia.





Bukan itu sahaja, rata-rata peserta di dalam majlis berkenaan terdiri daripada peserta yang beragama Islam. Suasana di majlis itu telah dirakam dan kini tersebar untuk tontonan ramai.

Melalui video tersebut, beberapa penari wanita berpakaian menjolok mata dipercayai warganegara Thailand menari tarian seksi bukan sahaja di atas pentas, malah turut turun menari di meja-meja peserta.



Penganjur tersebut kini dikecam hebat kerana telah menyertakan persembahan yang tidak senonoh dan tidak sesuai dengan agama majoriti peserta majlis tersebut. Bukan itu sahaja, peserta juga turut kecewa kerana penganjur tidak menjaga sensitiviti agama.



Pihak penganjur sepatutnya perlu menyiasat terlebih dahulu bentuk persembahan tersebut atau lebih baik tidak adakan persembahan tambah-tambah lagi dalam majlis ilmu.

Ya Allah… Apa nak jadilahhh…

sumber : lobakmerah

No comments:

Post a Comment