info-info menarik !

Breaking

Monday, January 15, 2018

Tiga Mangsa Nyaris Maut Tanah Runtuh Di Jalan Utama Jemaluang-Mersing


Kebelakangan ini cuaca di Malaysia kelihatan agak sejuk dek kerana hujan yang turun hampir setiap hari yang menyebabkan berlakunya bencana alam seperti tanah runtuh, jalan licin dan sebagainya serta keadaan ini pasti menganggu pergerakan dan aktiviti harian orang ramai.

Ketika kita semua tidur nyenyak dan sedang bermimpi, rasa sejuk seperti di luar negara pada waktu malam akhir-akhir ini, satu kejadian tanah runtuh yang mendap di jalan raya telah berlaku dan hampir turut meragut tiga nyawa yang ketika itu melalui jalan tersebut.




Memetik laporan World of Buzz, kejadian yang menakutkan itu berlaku di laluan utama Jemaluang-Mersing yang dilaporkan hampir meragut nyawa tiga mangsa.

Menurut Sinar Harian, kejadian tersebut telah berlaku pada awal pagi tadi di jalan yang berdekatan dengan Institut Latiahn Perindustrian (ILP) Mersing yang kini terpaksa ditutup atas sebab keselamatan sera sedang dalam proses pembaikan.




Mangsa kejadian tersebut yang dikenali sebagai Swee Ah peng, 60, pada ketika itu bersama dua penumpang yang lain menggunakan jalan berkenaan dan merasa terkejut dengan keadaan tanah mendap di situ secara tiba-tiba yang berkeluasan 70 meter dan kedalaman 15 meter sekaligus telah menyebabkan kenderaan yang mereka naiki itu terjatuh ke dalam gaung tanah yang mendap tersebut.

Mereka bernasib baik kerana ketiga-tiga mangsa dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan serta dalam keadaan stabil selepas bencana tersebut. Walau bagaimanapun, hanya Swee sahaja yang dikejarkan ke hospital dan dua lagi mangsa meneruskan perjalanan mereka untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.



Menurut Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, mereka telah mendapat panggilan kecemasan dari orang awam pada jam 2.30 pagi dan menyatakan yang kejadian tanah runtuh telah berlaku di kawasan berkenaan.

“Mangsa kejadian tersebut bersama penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius dan Swee telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.”



Sementara itu, laluan berkenaan kini telah ditutup kerana tidak lagi selamat untuk dilalui oleh mana-mana kenderaan berat atau pun ringan dan dikhuatiri kejadian yang sama mungkin akan berlaku lagi. Disebabkan itu, pengguna boleh menggunakan jalan alternatif yang lain melalui jalan Nitar-Jemaluang untuk ke Johor Bahru atau pun Mersing.




Laporan terkini, pihak JKR Mersing telah pun mengeluarrkan kenyataan bahawa kerja-kerja pemasangan tanda amaran telah pun dilaksanakan di tempat kejadian untuk mengelakkan pengguna jalan raya daripada melalui jalan tersebut yang disifatkan amat memberhaya kepada orang ramai dengan mendapan tanah yang berlaku.

Orang ramai yang sering menggunakan jalan tersebut dinasihatkan sentiasa memandu dengan selamat serta perlu menggunakan jalan alternatif dan sentiasa berhati-hati dengan keadaan semasa.

Sumber : Facebook dan Malay Mail

No comments:

Post a Comment