‘Terbang’ Dan ‘Melekat’ Di Tingkat Dua! - maitengok!

info-info menarik !

Breaking

Tuesday, January 16, 2018

‘Terbang’ Dan ‘Melekat’ Di Tingkat Dua!


SEORANG pemandu telah membuat kejutan apabila kereta yang dipandunya telah ‘terbang’ dan terus ‘melekat’ di tingkat dua sebuah pejabat pergigian di California, Amerika Syarikat Ahad lalu.


Jurucakap polis Sanda Ana memaklumkan bahawa kenderaan Nissan Sedan yang dipandu itu telah mengejutkan tetamu yang kebetulan ada menginap di motel bersebelahan.

Insiden itu dianggarkan berlaku pukul 5.25 pagi dan kereta tersebut mungkin dipandu dengan laju sebelum memotong pembahagi jalan di luar bangunan tersebut serta terbang kira-kira 60 kaki merempuh pejabat itu.

Jabatan Bomba Daerah Los Angeles telah bergegas ke tempat kejadian namun mereka perlu menggunakan perkhidmatan trak forklift khas dan alat pemotong bagi mengeluarkan kereta berkenaan.


Pemandu itu berjaya keluar dari keretanya tetapi seorang lagi individu di tempat duduk penumpang itu terpaksa dibantu oleh anggota penyelamat bagi mengeluarkannya.

Difahamkan, pemandu berkenaan sedang berada dalam pengaruh dadah sebelum kejadian mengejutkan itu berlaku dan dia kemudian telah dikejarkan ke hospital bagi rawatan lanjut.

Pihak berkuasa telah memfailkan satu tuduhan memandu di bawah pengaruh dadah terhadap individu terbabit namun tiada kesalahan disabitkan ke atasnya kerana suspek masih berada di hospital.


Kereta yang tersangkut itu hanya berjaya dikeluarkan daripada bangunan berkenaan pada Ahad lalu tetapi kesan lubang besar di bangunan pergigian itu masih lagi kekal.

Bagaimanapun, pihak berkuasa masih gagal untuk menghubungi pemilik bangunan tersebut.

Dalam masa yang sama, salah seorang pekerja di motel bersebelahan berasa sangat bernasib baik kerana kereta tersebut tidak ‘menyerang’ bangunan berkenaan.

Jika perkara itu terjadi, pasti akan ada nyawa yang melayang kerana ramai yang sedang menginap di motel tersebut.

sumber : MYNEWSHUB

No comments:

Post a Comment