info-info menarik !

Breaking

Friday, January 19, 2018

Telefon bimbit hilang atau dicuri? Anda boleh cuba cara ini untuk jumpa kembali!


Telefon bimbit boleh dikatakan alat komunikasi paling penting untuk hampir semua individu. Pasti ramai yang pernah melalui pengalaman telefon bimbit dicuri atau hilang, kan? Selalunya bila telefon bimbit hilang atau dicuri, pemilik pasti gelabah dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Namun, tahukah anda bahawa telefon bimbit tersebut bermungkinan besar boleh dijumpai semula? Berdasarkan perkongsian seorang pengguna Twitter, ini langkah-langkah yang boleh anda lakukan sebelum telefon bimbit anda hilang atau dicuri:

1. Semak Tetapan Telefon Bimbit

Cara untuk menyemak nombor IMEI mungkin berbeza-beza bagi setiap peranti. Anda boleh cari bahagian Setting telefon dan tekan About atau hanya dial butang *#06# dan lihat nombor yang terpapar.



2. Catat Nombor IMEI Yang Terpapar

Nombor yang akan terpapar di skrin telefon bimbit itu nanti adalah nombor IMEI anda. IMEI adalah akronim kepada International Mobile Equipment Identity dan merupakan nombor unik pengenalan kepada telefon bimbit. Nombor IMEI terdiri daripada 15 hingga 16 digit.



3. Catat Maklumat Penting Telefon Bimbit

Seeloknya catat semua maklumat penting yang berkaitan dengan telefon bimbit anda untuk kegunaan di masa akan datang. Contohnya adalah seperti informasi berkaitan tarikh pembelian dan nombor siri telefon bimbit anda.

4. Lawati laman web blockmyphone.my

Langkah seterusnya, anda perlu lawati laman web blockmyphone.my dan ikut arahan yang diberikan untuk mendaftarkan telefon bimbit anda. Jika anda mempunyai dua atau tiga buah telefon bimbit, daftarkan kesemuanya mengikut nombor IMEI masing-masing.


Sumber: blockmyphone


5. Daftar Telefon Bimbit
Masukkan maklumat yang diminta dan tekan hantar. Tekan pautan yang dihantar pada emel pengesahan yang anda terima. Sewaktu mendaftar, laman web tersebut akan bertanya jika telefon anda masih dimiliki atau sudah hilang. Ikut arahan yang diberikan sehingga selesai pendaftaran.


Sumber: blockmyphone

Sumber: blockmyphone

6. Jika Telefon Bimbit Hilang


Jika telefon bimbit anda hilang, anda boleh menghubungi operator bertugas dan laporkan kehilangan peranti agar mereka boleh block telefon anda. Tindakan ini membolehkan mereka render telefon anda supaya pencuri pengguna yang tidak dibenarkan tidak boleh menggunakan telefon tersebut. Apa sahaja kad sim yang ditukarkan ke dalam telefon itu nanti tidak akan dapat digunakan.
`
7. Buka Sekatan

Bolehkah buka semula sekatan jika anda sudah block telefon tersebut? Ya, boleh! Jika sudah menjumpai semula telefon bimbit, anda boleh hubungi operator untuk unblock telefon bimbit anda dan ikut arahan yang diberikan.

8. Perkara Yang Perlu Diambil Perhatian

Ada beberapa perkara berkaitan yang perlu anda tahu tentang perkhidmatan ini;
  • Perkhidmatan ini adalah percuma
  • Sentiasa simpan nombor IMEI untuk masa akan datang
  • Bukan untuk telefon bimbit sahaja, anda juga boleh guna perkhidmatan ini untuk broadband – cari nombor IMEI broadband pada modem properties
  • Jika mempunyai telefon bimbit dual sim, daftarkan kedua-dua nombor IMEI
  • Jika sudah lama kehilangan telefon, mungkin masih boleh cuba cara ini jika anda masih memiliki nombor IMEI
Selamat mendaftar dan secure telefon bimbit anda!

Sumber: blockmyphone via lobakmerah

No comments:

Post a Comment