"Takkan kena bagi RM20,000"- Pemberi Maklumat Tuduh Aliff Syukri Tak Beri Ganjaran - maitengok!

info-info menarik !

Breaking

Monday, January 29, 2018

"Takkan kena bagi RM20,000"- Pemberi Maklumat Tuduh Aliff Syukri Tak Beri Ganjaran


Baru sahaja dituduh suka mencuri gambar hak milik orang lain dan memuat naik di akaun Instagram sendiri beberapa minggu lalu, hidup jutawan kosmetik Dato’ Aliff Syukri sudah bagaikan selebriti kerana tidak lekang daripada dihimpit kontroversi.

Terbaru, mStar melaporkan bahawa Aliff dikatakan telah mungkir janji pula. Umum sudah sedia maklum bahawa penyanyi Abang Nak Tegur ini pernah menawarkan wang tunai sebanyak RM5,000 kepada orang ramai yang memberi maklumat sehingga tertangkapnya empat orang bekas orang gaji yang melarikan diri setelah mencuri di kediaman Aliff.



Semalam, seorang lelaki dari Klang, Selangor yang dikenali sebagai Abu mendakwa telah membantu Aliff menjejaki bekas pekerjanya yang mencuri wang tunai dan barang kemas tersebut. Pun begitu, jasanya bagaikan tidak dihargai kerana Abu mendakwa jutawan kosmetik itu memungkiri janji.

“Sebelum saya berkongsi maklumat itu kepada pembantu peribadi Datuk berkenaan, saya sudah tanyakan sama ada ganjaran sebanyak RM5,000 itu masih ada,” kata lelaki itu.

“Dia meyakinkan saya supaya jangan risau, namun selepas suspek berjaya diberkas, dia mengatakan ganjaran itu tidak dapat diberikan pula.”

Bukan itu sahaja, Abu juga mendakwa bahawa pihak pengurusan Aliff hanya bersetuju untuk menawarkan wang saguhati yang bernilai RM300 sahaja dan bukannya RM5,000 seperti yang digembar-gemburkan. Berikutan hal ini, Aliff tampil membuat penjelasan.

“Saya ada empat orang gaji, dua sudah diberkas sebelum ini dan dua yang lain pula berjaya ditangkap polis baru-baru ini,” kata Aliff.

Tidak menyangka bahawa bekas orang gajinya masih berada di Malaysia, Aliff dimaklumkan bahawa pasangan suami isteri bekas amah itu sudahpun menukar nama dan wajah mereka agar sukar dikenali.


“Duit ganjaran itu saya nak bagi pada waktu pertama kali bekas pekerja saya ditahan.”


“Takkan ada empat orang gaji, saya kena bagi RM20,000 (RM5,000 seorang) pula. Saya bagi kepada individu yang terawal itu sahaja, tetapi pemberi maklumat yang terbaru ini mengugut untuk viral (tularkan kes).”

Oh rupa-rupanya Dato’ nak beri ganjaran RM5000 kepada individu yang terawal berikan maklumat sahaja gais. Dah melepas la ni..

Sumber: mStar

No comments:

Post a Comment