info-info menarik !

Breaking

Monday, January 8, 2018

"Tak takut" - Safiey Ilias tak gentar diancam boikot


Usahawan produk kecantikan yang penuh sensasi, Safiey Ilias baru-baru ini telah menimbulkan kontroversi besar apabila dikatakan ingin kembali semula menjadi mak nyah selepas mengatakan yang dia ingin kembali menjadi lelaki semula setahun yang lepas.

Berikutan pelbagai khabar angin berhubung isu itu tersebar di media sosial, Safiey mula menjadi bahan kecaman hebat netizen sehinggakan netizen mula bersuara ingin memboikot produk-produk yang dikeluarkan daripada syarikat Safiey.

Namun, dalam statusnya di Instagram, Safiey itu mengatakan yang dia tidak kisah jika ada pihak yang mahu memboikotnya atau produk-produknya. Dia sedikit pun tidak berasa takut, kerana rezeki untuk setiap manusia telah diciptakan oleh Allah SWT.


Oleh itu untuk mendapat rezeki Allah itu, manusia perlu berusaha, berdoa dan bertawakkal. Jadi, jika itu sudah tertulis itu rezekinya, ia akan tetap menjadi miliknya. Memang benar yang rezeki seseorang itu Allah sudah tetapkan sejak sebelum lahir lagi, tetapi kalau tiada pembeli mana hendak datang rezeki itu.

Mungkin sebab netizen masih belum boikot sepenuhnya lagi sebab itu Safiey berani mengatakan yang dia tidak gentar dengan semua ugutan itu. Jangan nanti bila sudah kena boikot, meroyan pula di sosial media minta simpati netizen.

Apa pun terpulang pada masing-masing, ingin menyokong atau memboikot Safiey Ilias kerana itu adalah hak netizen sebagai seorang pengguna serta umat Islam.

No comments:

Post a Comment